Peperangan Aleppo adalah suatu “perkara yang memalukan kemanusiaan” dan petugas keselamatan merayu supaya orang awam dilindungi

Setelah mengagihkan bungkusan Iftar sepanjang bulan Ramadhan yang Mulia di daerah-daerah berlainan di negara tersebut, Islamic Relief Malawi telah mendermakan barang makanan bantuan kepada 750 isi rumah di daerah Chikwawa di bahagian Sub-Traditional Authority Ndakwera.

Bercakap kepada laman web rasmi Malawi Muslims, Ketua Program Islamic Relief, Sheirfa Mia berkata, ini adalah pelan bantuan dalam menangani kemarau yang telah melanda beberapa bahagian di negara tersebut.

“Kami telah mengambil keputusan untuk datang dan mengagihkan barangan bantuan ini kepada para keluarga yang memerlukan makanan dan kami telah menyampaikan bungkusan yang berisi 40kg tepung jagung, 5kg kekacang, 1kg garam dan 1 liter minyak masak,” sambung Mia.

Sumbangan ini telah didanai oleh Islamic Relief Malaysia dengan jumlah bajet sebanyak 20,000 Euro yang bersamaan dengan 15.6 juta kwacha dan organisasi telah berjanji untuk meningkatkan lagi sumbangan untuk keluarga kurang bernasib baik di negara itu.

 

#

Ini dia! Salah seorang wanita lanjut usia telah menerima bahagian bantuannya daripada seorang pegawai Islamic Relief yang bertugas.

“Ramai orang di negara ini yang memerlukan bantuan dari segi makanan kerana kita semua sedia maklum bahawa negara ini telah dibebani krisis kelaparan yang berpunca dari kemarau. Kami ingin meyakinkan orang ramai untuk terus membantu mereka dengan adanya sumbangan berterusan daripada para dermawan yang bermurah hati, dengan menggunakan dana yang disumbangkan ini untuk melaksanakan program-program yang boleh membantu meringankan kesusahan mereka yang memerlukan,” kata Ketua Program tersebut.

 

#

 

Sherifa Mia sewaktu kajian kes di daerah Chikwawa

Apabila ditanya mengapa mereka mengambil keputusan untuk mengagihkan bantuan di kawasan Bawahan Shire berbanding kawasan-kawasan lain, beliau menjelaskan; “Ini kerana 90% daripada komuniti pedalaman di Chikwawa memerlukan bantuan makanan berbanding purata 50% penduduk di kawasan Selatan, Chikwawa dan Nsanje mempunyai kadar penduduk yang terjejas sebanyak 90% dan kami memilih Chikwawa kerana Islamic Relief Malawi sedang melaksanakan projek keselamatan makanan untuk melengkapi kerja-kerja pembangunan kami.

Sumber : http://www.malawimuslims.com/featured/islamic-reli…