Sinari hidup anak yatim dengan cinta & harapan
Setiap anak yatim berhak menikmati kehidupan yang sempurna. Di Islamic Relief, kami sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak yatim dan keluarga mereka yang terjejas akibat peperangan, bencana alam, kemiskinan dan penyakit kronik.
Melalui kempen MyYateem #CareForOrphan yang diperkenalkan, Islamic Relief berhasrat untuk membantu kanak-kanak ini dan keluarga mereka membina masa depan yang lebih cerah.
Bagaimana Islamic Relief membantu anak-anak kecil ini?
Berkat sokongan anda, kakitangan kami di seluruh dunia dapat membantu anak yatim dan kanak-kanak miskin menikmati kehidupan yang lebih baik.
Di Mali, kami telah berjaya membantu kanak-kanak di kawasan luar bandar di Mali mendapat akses pendidikan, manakala kanak-kanak di Yaman dan Palestin pula berpeluang melanjutkan pengajikan ke peringkat lebih tinggi.
Terima kasih atas sumbangan anda!
Bersama kita bina masa depan cerah untuk anak yatim
Islamic Relief memfokuskan bantuan jangka masa panjang kepada kanak-kanak yang dibantu, penjaga dan komuniti setempat bagi mengurangkan isu kemiskinan dan diskriminasi dari terus berleluasa.
Islam juga sangat menitikberatkan hal penjagaan anak yatim kerana mereka bukan sahaja memerlukan perhatian, tetapi juga perlindungan daripada kita. Jadi, Islamic Relief ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita menyantuni anak yatim sepertimana yang disebutkan di dalam al-Quran serta dianjurkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Dengan menyumbang menerusi kempen MyYateem #CareForOrphan, anda boleh memberikan kanak-kanak ini harapan untuk melakar masa depan yang lebih baik menerusi sokongan dari sudut keperluan fizikal, emosi dan psikologi mereka.
Setakat ini, Islamic Relief telah menaja lebih daripada 85,000 orang anak yatim melalui projek penajaan dengan menyediakan makanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan pendidikan serta membantu lebih 200,000 orang anak yatim di 26 buah negara melalui pelbagai projek bantuan.
Berikan kebahagiaan dan keceriaan di wajah anak-anak kecil ini dengan sumbangan anda. Jom menyumbang sekarang!
Bagaimana anda boleh membantu?
Kasih MyYateem
Kasih MyYateem
Tajaan MyYateem
Tajaan MyYateem
Sabda Nabi SAW: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”