Menu
Category Archives: Berita
INDONESIA, 7 Disember 2021 – Sekurang-kurangnya 34 orang maut manakala 41 orang lagi melecur dan cedera ekoran gunung berapi Semeru yang terletak di wilayah Jawa Timur Meletus pada 4 Disember jam 3 petang. Daerah Lumajang dilaporkan paling teruk terjejas. Penduduk setempat terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan lari menyelamatkan diri setelah abu dan kepulan asap meliputi [...]
INDIA, 20 Oktober 2021 – Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban manakala 3 lagi dilaporkan hilang dalam insiden banjir dan tanah runtuh berikutan hujan lebat yang melanda Kerala, India. Seramai 8,906 individu daripada 2,429 buah keluarga yang terjejas terpaksa mendapatkan perlindungan di 235 kem bantuan yang disediakan pihak berkuasa tempatan. Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan [...]
PAKISTAN, 20 Oktober 2021 – Islamic Relief Pakistan telah mengedarkan 300 khemah dan tikar, 600 tarpaulin, tilam serta selimut kepada penduduk terjejas gempa bumi di kawasan Harnai pada 12 Oktober lalu. Islamic Relief Pakistan juga telah menghantar lapan orang kakitangannya untuk menjalankan proses penilaian keperluan mendesak di Balochistan. Sementara itu, angka korban insiden gempa bumi [...]
AFGHANISTAN, 18 Oktober 2021 – Islamic Relief Afghanistan telah mengedarkan 777 bantuan pek makanan kepada penduduk terjejas di Khak E Jabar, Bagrami, Deh Sabz dan 12 lagi kawasan di wilayah Kabul pada 9 dan 10 Oktober lalu. Sementara itu, lebih tujuh projek lain yang sedang dilaksanakan di Afghanistan sebelum ini masih berjalan seperti biasa. Isu [...]
LUBNAN, 13 Oktober 2021 – Bekalan elektrik di Lubnan terputus ekoran dua stesen janakuasa utama di negara itu terpaksa ditutup berikutan kekurangan bahan bakar. Menurut laporan media antarabangsa, kekurangan nilai mata wang asing menjadikan isu kekurangan bahan bakar dan kesukaran penjanaan elektrik secara persendirian menjadi lebih kritikal. Krisis ekonomi yang menghimpit Lubnan ketika ini terjadi [...]
PAKISTAN, 11 Oktober 2021 – Sekurang-kurangnya 42 orang terkorban manakala 229 lagi cedera dalam insiden gempa bumi dengan kekuatan 5.9 skala Richter, pada kedalaman 15 kilometer yang melanda kawasan Harnai di wilayah Balochistan pada 7 Oktober lalu. Insiden ini telah menjejaskan 35,363 penduduk setempat. 409 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan dan ada yang musnah sepenuhnya. [...]