Penilaian lanjut berikutan kebakaran di kem pelarian Moria

GREECE, 24 September 2020 – Agensi Pengurusan Bencana Negara mengarahkan seorang kakitangan ke Lesvos untuk melakukan penilaian keperluan berikutan kebakaran yang berlaku di kem Moria. Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), seramai 9,100 orang telah berpindah ke kawasan pemindahan Kara Tepe yang baharu apabila kira-kira 13,000 orang kehilangan tempat perlindungan selepas kebakaran […]

Baca sambungan »
Letupan Besar di Gudang Senjata Jordan

Jordan, 11 September 2020 – Satu letupan besar telah berlaku di gudang senjata di Zarqa, Jordan hingga mengakibatkan kebakaran yang dikatakan berpunca daripada litar pintas. Lokasi kejadian yang menempatkan beberapa buah pengkalan dan depot tentera Jordan itu terletak 35 kilometer dari ibu kota Amman. Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berikutan depot senjata yang […]

Baca sambungan »
Beirut Perlu Bantuan Segera
BEIRUT, 8 September 2020 – Beirut, Lubnan memerlukan masa yang panjang dan bantuan segera untuk kembali pulih selepas sebulan insiden letupan yang dahsyat melanda ibu negara tersebut. Setakat 6 September, terdapat 20,426 kes Covid-19 direkodkan di seluruh Lubnan yang turut melibatkan 703 kakitangan hospital. Keadaan di hospital juga dilaporkan sangat padat dengan peningkatan kes jangkitan [...]
Baca sambungan »
Sudan Isytihar Tiga Bulan Darurat Susulan Banjir Yang Meragut 99 Nyawa
SUDAN, 7 September 2020 – Majlis Keselamatan dan Pertahanan Sudan isytihar perintah darurat selama tiga bulan ekoran banjir yang telah meragut 99 nyawa. Lebih 500,000 orang terjejas manakala 46 orang cedera dalam bencana tersebut selain turut merosakkan lebih daripada 100,000 kediaman. Menurut pihak berkuasa tempatan, banjir ini berpunca daripada musim hujan lebat di Ethiopia yang [...]
Baca sambungan »
Banjir di Pakistan, 90 Nyawa Terkorban
PAKISTAN, 27 Ogos 2020 – Banjir di Pakistan susulan hujan lebat berterusan sejak Julai lalu telah meragut 90 nyawa dan memusnahkan lebih 1,080 buah rumah. Selain itu, lima jambatan dan 10 jalan raya di seluruh negara juga mengalami kerosakan. Banjir yang melanda turut mengakibatkan tanah runtuh di kebanyakan kawasan termasuk di Javed Hillview, Sindh yang [...]
Baca sambungan »
Banjir Kilat di Afghanistan Ragut 86 Nyawa
AFGHANISTAN, 27 Ogos 2020 - Sekurang-kurangnya 86 terkorban manakala 106 lagi cedera ekoran hujan lebat yang membawa kepada banjir kilat di sembilan wilayah di Afghanistan. Angka korban dijangka akan terus meningkat memandangkan masih ramai lagi penduduk terjejas masih belum ditemui. Kawasan Parwan yang bersempadan dengan Kabul dilaporkan paling teruk terjejas. Menurut pihak berkuasa, lebih 1,500 [...]
Baca sambungan »