Menu
Author Archives: admin
November 16th, 2018
Malaysia
Baca dalam
Serdang, 15 Nov 2018 – Masyarakat umum digalakkan untuk berusaha meningkatkan tahap kebersamaan dengan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ke arah Malaysia yang lebih mesra. Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia (IRM), Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, masyarakat umum berperanan untuk meningkatkan tahap kebersamaan itu menerusi pembelajaran bahasa isyarat dan komunikasi dengan OKU. “Mereka [...]
November 15th, 2018
Worldwide
Baca dalam
Gaza, 14 Nov 2018 – Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh dan 10 lagi tercedera dalam serangan tentera di Khanyounnes, Selatan Gaza. Serangan tersebut turut memusnahkan sekitar 100 buah rumah akibat pengeboman yang juga menjejaskan lapan buah lokasi. Islamic Relief (IR) Palestin kini meneruskan usaha mengagihkan bekalan ubat-ubatan, sejak “Great March of Return” yang [...]
November 1st, 2018
Maklumat Umum
Baca dalam
Bagi memperingati jasa para sukarelawan kemanusiaan, sambutan Hari Kemanusiaan Sedunia diraikan setiap tahun pada 19 ogos dalam mengenang jasa mereka yang terkorban ketika berada di lapangan di negara miskin dunia yang merupakan tempat berbahaya serta dipenuhi dengan pelbagai krisis. Sejarah buruk itu berlaku pada 19 Ogos 2003, iaitu insiden peperangan yang mengakibatkan kemusnahan Ibu [...]
Oktober 31st, 2018
Malaysia
Baca dalam
Manusia berkomunikasi dengan pelbagai kaedah. Ada yang berkomunikasi melalui perbualan, dan ada juga yang berkomunikasi menggunakan teknologi baharu seperti telefon pintar. Melalui komunikasi, maklumat atau informasi dapat disalurkan kepada orang lain dengan lebih berkesan agar mereka mendapat mesejnya. Namun, sistem komunikasi tersebut terbatas buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Golongan OKU boleh dikategorikan kepada [...]
Oktober 19th, 2018
Worldwide
Baca dalam
GEMPA. Satu fenomena alam yang meragut sebanyak 437 nyawa setakat Ogos lalu di kawasan tumpuan pelancongan yang masyhur di Lombok, Indonesia. Menurut laporan akhbar tempatan, lebih 50,000 buah rumah turut musnah dalam kejadian yang tidak disangka kehadirannya sekaligus mencemaskan situasi kemanusiaan sehingga menarik tumpuan organisasi kemanusiaan sedunia. Susulan fenomena itu, Islamic Relief Malaysia (IRM) [...]
Oktober 15th, 2018
Worldwide
Baca dalam
Afghanistan, 9 Okt 2018 – Sekurang-kurangnya 2 juta penduduk terkesan akibat kemarau sekaligus menyebabkan 1.4 juta penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan. Kira-kira 253,600 penduduk dipindahkan berikutan kemarau tersebut di Wilayah Barat Afghanistan di mana 75,000 berada di Herat. Kerajaan mengisytiharkan 20 daripada 34 wilayah di Afghanistan kini mengalami kemarau melampau dan merayu bantuan daripada [...]