Angka Korban Gempa Sulawesi Meningkat Kepada 73 Orang

SULAWESI, 18 Januari 2020 – Angka korban gempa Sulawesi Barat terus meningkat menjadi 73 orang manakala 743 lagi cedera susulan insiden gempa bumi yang melanda kawasan itu dengan kekuatan magnitud 6.2 skala richter.

Seramai 850 penduduk telah ditempatkan di 25 pusat pemindahan sementara di kawasan Mamuju dan Majene.

Islamic Relief Indonesia kini sedang giat menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas dengan kerjasama Institut KARSA.

Lokasi penyaluran bantuan tertumpu di kawasan paling teruk terjejas iaitu kampung Tantedoda di daerah Tappalang dan Mamuju.

Kira-kira 400 penerima manfaat telah menerima bantuan selimut, tarpaulin, makanan, air mineral, pelitup muka, pembersih tangan dan beberapa barangan keperluan penting.

Menurut laporan Badan Meterorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, berlaku gempa susulan di wilayah Majene dengan kekuatan magnitude 5.0 skala richter pada 16 Januari.

Penduduk sekitar diminta sentiasa untuk berhati-hati dan bersiap siaga ekoran kebimbangan gempa susulan ini berulang lagi.