Angka korban di Gaza terus meningkat

GAZA, 9 Ogos 2022 – Sekurang-kurangnya 46 orang terkorban termasuk 16 kanak-kanak, manakala 360 lagi cedera dalam serangan yang dilancarkan di Gaza.

Serangan udara yang dilancarkan telah merosakkan 1,761 buah rumah, serta mengakibatkan 450 rakyat Palestin hilang tempat tinggal dan 8,500 orang lagi terjejas ekoran insiden yang berlaku.

Terbaharu, gencatan senjata telah dikuatkuasakan bermula 7 Ogos.

Pusat janakuasa elektrik yang ditutup pada 6 Ogos lalu berikutan kerosakan yang dialami kini sudah mula beroperasi.

Pintu sempadan Gaza masih ditutup sejak enam hari lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, pusat kesihatan di Gaza hanya mampu beroperasi sehingga 72 jam sahaja lagi kerana kekurangan alatan perubatan dan bekalan ubat.

Islamic Relief kini sedang bekerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa dalam menjalankan penilaian keperluan mendesak untuk mengagihkan bantuan kecemasan seperti makanan, baucar tunai dan kit kebersihan kepada penduduk terjejas.