Angka Cedera Gempa Bumi Haiti Menghampiri 10,000

HAITI, 23 Ogos 2021 – Hampir 10,000 orang cedera manakala masih ramai lagi dilaporkan hilang dalam insiden gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang menggegarkan Haiti Sabtu lalu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dianggarkan 500,000 kanak-kanak kini berdepan kekangan akses kepada makanan, air bersih dan tempat perlindungan.

Kerja-kerja menyelamatkan penduduk terjejas sedang tergendala berikutan masalah hujan lebat yang berpunca daripada ribut tropika.

Agensi bantuan kemanusiaan juga berdepan kesukaran untuk masuk ke kawasan yang paling teruk terjejas dan tidak dapat menghantar barisan petugas dengan kadar segera ekoran masalah pengangkutan disebabkan penularan wabak COVID-19.

Islamic Relief bakal melaksanakan kerja-kerja bantuan pemulihan di Haiti bagi membantu penduduk terjejas.