5.8 magnitud Gempa Bumi Landa Pakistan

ISLAMABAD, 26 Sept. 2019 – Gempa bumi 5.8 magnitud telah melanda bahagian Pakistan awal hari ini khususnya di daerah Mirpur dan gegaran telah dirasai di pelbagai bandar termasuk Jatla, Mangla dan kampung Manda dan Afzalpur.

Laporan terkini mencatat 30 kematian dengan 450 cedera dan angka-angka ini dijangka akan meningkat.

Kerajaan Pakistan mengisytiharkan kecemasan di semua hospital di daerah Mirpur, manakala beberapa jalan utama di daerah Mirpur telah mengalami kerosakan, termasuk tiga jambatan utama.

Pihak berkuasa kini berada di Mirpur untuk memberi tumpuan kepada operasi pencarian dan menyelamat, menilai kerosakan dan menyediakan bantuan menyelamatkan nyawa.

200 khemah, 800 selimut, 200 set dapur, 100 kit perubatan dan 50,000 botol air telah dihantar ke kawasan yang terjejas.

Islamic Relief (IR) Pakistan segera mengerahkan tiga anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) ke Daerah Mirpur untuk menjalankan penilaian.