40 Cedera Dalam Serangan Udara

Gaza, 4 Jun 2018 – Sekitar 40 rakyat Palestin tercedera dalam protes minggu lalu disebabkan serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel di Gaza.

 

Sementara itu pengamal perubatan, Razan Al-Najar turut ditembak mati dalam usahanya untuk mendekati rakyat Palestin yang tercedera.

 

Sejak 23 hingga 29 Mei lalu, seramai 185 orang telah tercedera dalam serangan itu dan menyebabkan jumlah kecederaan meningkat kepada 220 orang.

 

Sekitar 30 Mac hingga 27 Mei, sebanyak 245 pekerja sektor kesihatan dan 40 ambulans turut terjejas oleh serangan berkenaan, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Pertubuhan Bantuan Perubatan Palestin, dan Jawatankuasa Kerja Kesihatan.

 

IR Palestine telah bertindak memberi bantuan dengan mengagihkan lima jenis ubat-ubatan dan 12 bahan pakai buang kepada Pusat Penyimpanan Ubat Kementerian Kesihatan.