2880 Keluarga Disantuni

Sulawesi, 6 Dis 2018 – Islamic Relief (IR) Indonesia mengagihkan sumbangan agihan pek makanan, air, kit kebersihan, tarpaulin, selimut, dan geran tunai kepada 2,880 buah keluarga susulan gempa bumi yang melanda kepulauan Sulawesi.

 

IR Indonesia juga menggali sebuah perigi lengkap dengan loji rawatan bagi membekalkan 5,000 liter air bersih untuk diminum kepada sekurang-kurangnya 10 keluarga yang terjejas akibat gempa bumi di perkampungan Lolu, Daerah Sigi.

 

Menerusi permohonan kerajaan terhadap organisasi kemanusiaan, IR Indonesia turut memberi fokus kepada pembinaan tempat perlindungan, pembinaan 10 pusat pembelajaran sementara, dan pembinaan 20 buah kelas untuk kanak-kanak dan peruntukan rehabilitasi untuk keluarga yang terjejas untuk mendapatkan sumber air bersih.

 

Sebagai ahli Jawatankuasa Kecemasan Bencana (DEC), IR Indonesia juga menyatakan kerjasama plan sektor pendidikan kepada Jabatan Pembangunan Antarabangsa (DFID). Kementerian Pendidikan Indonesia turut mendapatkan DFID bagi sokongan pemulihan rehabilitasi.

 

September lalu, Sulawesi dilanda gempa bumi bermagnitud 7.4 sehingga mencetuskan tsunami dan pencairan tanah di Palu, Donggala, dan Sigi.