Serangan Getir di Syria 
BEIRUT, 18 Julai 2019 – Kekejaman yang berlaku di barat laut Syria semakin meningkat berikutan berlaku serangan dari pihak yang tidak bertanggungjawab sejak April 2019.
Situasi ini meletakkan orang awam dalam keadaan berisiko dan menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 330,000 telah melarikan diri dan dianggarkan 2,495 rakyat Syria maut dan dan mengalami kecedaraan termasuk kanak-kanak dan wanita.
Sebanyak 39 serangan disasarkan menyebabkan kemudahan awam seperti hospital, sekolah, kem pelarian, pasar, dan banyak lagi mengalami kerosakan yang teruk.
Islamic Relief (IR) Syria mengambil inisiatif dengan membantu mereka melalui projek-projek yang sedia ada berserta sokongan daripada rakan kerjasama IR termasuk khemah, barang musim sejuk, makanan, roti, tepung gandum dan kesihatan.