Program Ramadan dilaksanakan oleh Islamic Relief melalui aktiviti pengedaran makanan pada bulan Ramadan. Umat Islam dari seluruh dunia menderma wang yang digunakan untuk mendapatkan barangan makanan penting yang kemudian dibahagikan kepada pek. Pek ini kemudiannya diagihkan kepada orang yang memerlukan di beberapa wilayah termiskin di dunia bagi pihak penderma.

Ramadan Care4Hunger 1440H (Antarabangsa)

Program Bermusim

PENGENALAN

Program Ramadan dilaksanakan oleh Islamic Relief melalui aktiviti pengedaran makanan pada bulan Ramadan. Umat Islam dari seluruh dunia menderma wang yang digunakan untuk mendapatkan barangan makanan penting yang kemudian dibahagikan kepada pek. Pek ini kemudiannya diagihkan kepada orang yang memerlukan di beberapa wilayah termiskin di dunia bagi pihak penderma.

 

KEMPEN SEDEKAH #10MalamTerakhir

Kempen Ramadan Care4Hunger bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi & alhamdulillah kita sudah menghampiri sasaran dana sebanyak RM800,000. Terima kasih rakyat Malaysia, anda berjaya membantu lebih 15,000 penerima manfaat di 33 buah negara di bulan Ramadan ini yang mulia ini.

Namun, pahala Ramadan usah dibiar berlalu pergi begitu sahaja. Atas dasar keprihatinan, IRM ingin menyeru orang ramai yang tidak putus-putus berkongsi rezeki pada bulan barakah ini untuk terus bersedekah menerusi kempen Sedekah #10MalamTerakhir. 

Bayangkan, dengan menyumbang serendah RM10, RM20, RM50, RM100 atau lain-lain amaun mengikut kemampuan, pahala anda akan mengalir berlipat kali ganda.

Terus ikuti media sosial IRM untuk perkembangan lanjut. 

OBJEKTIF

  • Menyediakan pek makanan berkhasiat sebagai usaha untuk mengurangkan malnutrisi di kalangan masyarakat miskin dan memerlukan.
  • Membangunkan pembangunan komuniti penyayang yang mampan dengan meningkatkan kesedaran, memudahkan kemitraan kemanusiaan strategik dan menggalakkan tindakan praktikal melalui sokongan mereka kepada projek ini, dan semua untuk penerima manfaat.

PENERIMA MANFAAT

33 Negara:

♦Pakej A [RM150] – Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Sudan, Chechnya, India, Malawi, Myanmar, Niger, Tunisia, Albania, Bosnia, Mali, Chad, Lebanon, Philippines, Kosova, Kenya, Jordan, Pakistan, Ethiopia, Indonesia

♦Pakej B [RM300] – Palestine, Syria, Yemen, Afghanistan, South Africa, Iraq, Macedonia, South Sudan, Somalia, Lesotho, Zimbabwe

DANA DIPERLUKAN

3140 Pek makanan & RM721,500

PAKEJ

SEDEKAH RAMADHAN

RM 150
  •  

SEDEKAH RAMADHAN

RM 300
  •