Lebih 500 terkorban di Syria

Timur Ghouta, 2 Mac 2018 – Sekurang-kurangnya 560 terkorban di Timur Ghouta, Syria.

Keadaan di Syria kian buruk dengan serangan angkatan tentera di sesetengah kawasan di Syria termasuklah Timur Ghouta, Idlib, dan Afrin.

Serangan bom dan udara yang berlarutan di Timur Ghouta turut menyebabkan lebih 393,000 penduduk masih terperangkap dalam kawasan itu.

Tiada pemindahan direkodkan berikutan isu keselamatan dan perlindungan.

Pasukan Islamic Relief (IR) Syria kini dalam operasi mengagihkan barang bukan makanan serta bantuan kesihatan kepada pelarian dalam negara.

Bantuan makanan turut diagihkan kepada penduduk di Timur Ghouta menerusi rakan kemanusiaan.

Sumber : Islamic Relief Worldwide

Lebih 400 Maut Dalam Serangan Udara | Ghouta, Syria

Timur Ghouta, 24 Februari 2018 – Sekurang-kurangnya 428 kematian dicatatkan dan 878 tercedera dalam serangan udara di Ghouta Timur, Syria

Serangan yang dilancarkan di selatan dan selatan-timur Idlib itu menyebabkan kematian dan perpindahan orang awam serta kerosakan infrastruktur.

Sekitar 15 Disember 2017 hingga 3 Februari 2018, Penyelarasan dan Pengurusan Kem (PPK) merekodkan 325,443 perpindahan di kawasan utara-barat Syria iaitu di Dana, Salqin, Kafr Nobol, sebahagian daerah kecil Atareb.

Kira-kira 30,000 orang telah berpindah ke Afrin selepas satu serangan tentera dilancarkan di Afrin beberapa hari lalu.

Islamic Relief (IR) Syria telah menyediakan bantuan kesihatan dan barang bukan makanan kepada Orang Terpencil Dalam di Idlib dan Hama. Bantuan awal juga telah diberi iaitu barang bukan makanan bagi musim sejuk di Timur Ghouta menerusi kerjasama rakan bantuan tempatan.

Setakat ini, bungkusan makanan telah diagihkan kepada 1,500 keluarga dan sebanyak 16,008 roti-roti turut diagihkan kepada 1,334 keluarga.

IR telah aktif memberi bantuan terhadap krisis di Syria sejak 2011 dan bekerjasama dalam memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terlibat dalam keganasan.

Kemas kini Berita | Syria

• Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa serangan ketenteraan telah memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di seluruh Syria

• Pengeboman berat di pedalaman di selatan dan selatan-timur Idleb telah menyebabkan korban dan anjakan di kalangan orang awam, serta kerosakan infrastruktur yang teruk

• Antara 15 Disember dan 3 Februari, Cluster Pengurusan Camp dan Pengurusan Camp (CCCM) mengesan 325,443 anjakan (ada yang mungkin perpindahan sekunder) di Syria barat laut – terutamanya ke arah sub-distrik Dana, Salqin, Kafr Nobol, Ariha dan Atareb

• Pada 20 Januari, tentera Turki melancarkan serangan tentera di daerah Afrin di Aleppo; sehingga 30,000 orang dilaporkan terpesong dalam Afrin (ACAPS)

• Kira-kira 400,000 orang telah hidup di bawah pengepungan yang dikenakan kerajaan di Ghouta Timur, kawasan yang ditahan oleh pihak pembangkang di timur ibu negara Syria, sejak tahun 2013

• Sejak 18 Februari, peningkatan dalam serangan udara di Ghouta Timur telah memburukkan keadaan kemanusiaan, dan mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 250 orang awam (BBC). Lebih 50 kanak-kanak adalah antara yang mati, kira-kira 1,200 orang cedera. Keadaan di Ghouta Timur sangat huru-hara. Maklumat utama diterima dari IR Syria yang melaksanakan rakan-rakan di Ghouta serta sumber sekunder (media).

• Pasukan IR Syria telah menyediakan bantuan kesihatan dan NFI kepada IDP yang terjejas di Idleb dan Hama, telah memaklumkan kit NFI musim sejuk di Afrin, dan di Ghouta Timur, melalui rakan kongsi tempatan, telah menyediakan makanan, NFI dan bahan api untuk pemanasan kepada penduduk terjejas.

Berdoa untuk saudara-saudara kita di Syria.

Sumber: Islamic Relief Worldwide (IRW)

Keruncingan Tahap Kesihatan Penduduk Gaza

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) percaya bahawa Gaza bakal menjadi wilayah yang tidak sesuai didiami pada 2020. Namun Pengarah Negara Islamic Relief di Palestine, Muneeb Abu Al-Ghazali telah menyatakan Gaza kini tidak sesuai didiami.

Di Gaza, pencemaran air kian berleluasa, sampah-sarap banyak dibuang ke dalam laut dan merosakkan lagi alam sekitar, isu sisa pepejal bertambah rumit akibat ketiadaan peralatan yang lengkap ekoran undang-undang ketat yang diwujudkan oleh pihak Israel, kadar kemurungan dalam kalangan remaja juga semakin meningkat.

Impak taraf kesihatan yang kian merudum telah menampakkan kesannya beberapa bulan lalu. Keadaan penduduk Gaza yang sering jatuh sakit seolah-olah menjadi budaya baru mereka sehingga mendapat perhatian PBB untuk campur tangan bagi menangani isu ini.

Bukan sahaja bekalan ubat yang semakin berkurangan, malah kualiti kebersihan dan bekalan elektrik turut terjejas. Kebanyakan syarikat yang menyediakan servis pembersihan terpaksa ditutup atas faktor kekangan wang untuk membayar gaji. Selain bekalan elektrik, banyak hospital dan klinik utama terpaksa ditutup ekoran kekurangan bahan bakar.

Lebih menyedihkan, pesakit kronik yang ingin mendapatkan rawatan luar wilayah Gaza terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran; Tiada keizinan untuk meninggalkan Gaza, atau jika kelulusan diberi, tiada kos perjalanan dibekalkan. Walaupun sesetengah penduduk diberi kelulusan untuk meninggalkan Gaza, tempoh masa untuk memperoleh kelulusan memakan masa yang terlampau lama.

Berikutan kos rawatan yang melambung, kanak-kanak yang mewarisi penyakit dari ibu bapa juga terpaksa menanggung derita atas faktor kemudahan rawatan yang begitu terhad di kebanyakan badan bukan kerajaan (NGO). Malah, badan-badan ini juga kesempitan dana dalam menghulurkan bantuan.

Laporan terperinci boleh dibaca di sini untuk maklumat lanjut.

IRM Selami Kesulitan Golongan Istimewa

Malaysia merupakan negara yang amat sinonim dengan penduduk berbilang bangsa yang meraikan perayaan mengikut kepercayaan masing-masing. Semangat keharmonian yang dipupuk sejak puluhan tahun lalu adalah tunjang dalam menjamin kesejahteraan dan perpaduan kaum.

Selaras dengan visi dan misi Islamic Relief Malaysia (IRM) yang tidak memandang warna kulit dalam menghulurkan bantuan, satu program sentuhan kasih diadakan bersama penghuni the Handicapped and Mentally Disabled Children’s Association (HMDCA), Kulai, Johor bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2018 yang bakal menyapa tidak lama lagi.

Program ini diilhamkan oleh IRM ini diberi nama ‘Program Interaksi Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) Sempena Tahun Baru Cina 2018. Ia diadakan bagi menerapkan integrasi kaum dalam kehidupan masyarakat berbeza kulit selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak IRM dengan penghuni pusat jagaan tersebut.

Meskipun sambutan Tahun Baru Cina merupakan perayaan teragung bagi masyarakat Cina, pusat jagaan itu juga dihuni oleh golongan yang berbeza budaya seperti India dan Cina. Pihak IRM melihat perayaan itu sebagai batu loncatan dalam memupuk semangat kemasyarakatan sekaligus dapat mewujudkan keceriaan kepada mereka untuk menyambut perayaan itu walaupun tanpa ahli keluarga di sisi.

Kali ini, bantuan sempena Tahun Baru Cina tertumpu kepada golongan OKU. Seperti tahun lalu, IRM telah berjaya menganjurkan program Konvoi Share the Joy bagi menyantuni 20 keluarga penerima manfaat di Kampung Bandar Baru Bangi. Ia melibatkan kakitangan serta sukarelawan IRM untuk menziarahi rumah-rumah bagi menyerahkan Ang Pau, makanan, dan juga hamper.

Antara kelainan yang ditampilkan adalah aktiviti ‘tak kenal maka tak cinta’, menyanyi dan menari bersama, dan melenggok seni. Rasionalnya, aktiviti-aktiviti tersebut merupakan satu langkah praktikal bagi memahami perilaku dan sifat golongan istimewa ini selain mendekati mereka dengan lebih mesra.

Sebenarnya golongan seperti ini memerlukan pendekatan yang menyenangkan agar mereka tidak berasa stress dan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti salah faham komunikasi antara satu sama lain. Antara cabaran yang dihadapi sepanjang perjalanan program adalah struktur komunikasi antara pihak IRM dengan golongan OKU. Sebagai manusia yang mampu berinteraksi dengan baik, kita haruslah menjaga sensitiviti golongan ini supaya mereka tidak berkecil hati.

Menjelang Tahun Baru Cina 2018, sukarelawan IRM turut berpeluang untuk menghiasi pusat jagaan itu dengan pelbagai dekorasi bagi mewujudkan suasana perayaan agar mereka dapat merasai kemanisan perayaan itu walaupun sanak-saudara tidak bersama mereka. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menzahirkan rasa tanggungjawab orang ramai terhadap golongan ini dalam menceriakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

Tuntasnya, setiap lapisan masyarakat berperanan untuk menyantuni golongan istimewa ini dengan memberi bantuan dalam pelbagai bentuk tanpa sebarang diskriminasi terhadap sesuatu kaum. Apa yang perlu disemaikan adalah secangkir perhatian dan secebis kasih sayang agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.

IRM Kongsi Keceriaan Bersama OKU

Kulai, 12 Februari 2018 – Kira-kira 300 penghuni the Handicapped and Mentally Disabled Children’s Association (HMDCA) menerima manfaat menerusi Program Interaksi Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) Sempena Tahun Baru Cina 2018 anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, program itu bertujuan untuk menerapkan integrasi kaum dalam kehidupan masyarakat berbilang bangsa selain dapat mengeratkan silaturahim antara kakitangan dan sukarelawan IRM dengan penghuni rumah jagaan tersebut.

Kebanyakan penerima manfaat datang dari pelbagai bangsa seperti  Cina, India, dan Melayu yang terdiri daripada golongan kurang upaya, anak yatim, dan warga emas.

Majoriti penerima juga tidak mempunyai waris bahkan tidak mengetahui waris mereka dan kebanyakan kes diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau dihantar oleh keluarga mereka sendiri tanpa dicas sebarang bayaran untuk perkhidmatan.

Program itu tidak hanya menitikberatkan pemberian sumbangan malah kelainan yang ditampilkan pada kali ini adalah interaksi bersama penghuni dan menghias rumah jagaan mereka menjelang Tahun Baru Cina 2018 dalam melahirkan keceriaan untuk menyambut perayaan tersebut walaupun tanpa ahli keluarga di sisi.

Pada masa yang sama, pihak IRM juga turut menganjurkan program sambutan Tahun Baru Cina bagi meraikan dan menyantuni penerima manfaat kaum cina di dua lokasi berbeza iaitu di Persatuan OKU Negeri Perak, Sungai Siput Perak, dan Rumah Jagaan OKU Si Putih, Seremban, Negeri Sembilan.