Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Pendidikan

CHEER TO SCHOOL

Bantuan Persekolahan

Kempen Cheer To School menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM200,000 untuk membantu 700 pelajar daripada golongan keluarga B40 dan ke bawah, miskin bandar, anak yatim, orang kurang upaya dan orang asli di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Inisiatif ini diwujudkan bagi meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak seperti pakaian, beg sekolah, kasut, alat tulis, buku latihan tambahan dan pembiayaan yuran sekolah.

Pendekatan ini juga dilihat sebagai salah satu bentuk usaha yang boleh menjadi pendorong kepada anak-anak agar lebih bersemangat untuk menuntut ilmu.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) mendapati, keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di bandar atau golongan miskin bandar khususnya ibu tunggal terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk keperluan anak-anak mereka sebanyak 84 peratus.

Bayangkan jika kini kebanyakan ibu bapa berdepan masalah untuk menyediakan kelengkapan pembelajaran secara atas talian, bagaimana pula dengan kelengkapan persekolahan lain apabila menjelang pembukaan sekolah nanti. Di kebanyakan kawasan luar bandar atau penduduk miskin bandar, masalah ini sudah lama mereka hadapi. Kegagalan untuk membayar yuran sekolah juga sering menjadi tekanan kepada ibu bapa. Sesi pembukaan sekolah tahun ini pastinya memberi cabaran berganda buat ibu bapa yang kurang berkemampuan.

“Kebanyakan ibu bapa kepada para pelajar di sini berkerja sebagai penoreh getah. Mereka berkerja secara sambilan dan kebanyakan daripada mereka tiada pekerjaan tetap. Pendapatan mereka tidak mampu untuk menampung keperluan pelajar seharian. Ada dalam kalangan pelajar yang terpaksa menggunakan semula barangan keperluan abang dan kakak mereka, dan ada yang terpaksa memakai kasut yang telah koyak sehingga menampakkan jari kaki mereka,”

Chitra a / p Joseph, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SJK (T) Ladang Pertang, Negeri Sembilan.

Tahukah Anda?

Berdasarkan pengalaman Islamic Relief Malaysia sewaktu menjalankan projek CTS pada tahun-tahun sebelum ini, inisiatif ini nyata memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada para pelajar malahan juga kepada ibu bapa, guru, sekolah dan sukarelawan yang membantu menjayakan program.

Program ini juga selaras dengan sekurang-kurangnya 4 matlamat dalam Tujuan Pembangunan Sosial (SDG) yang disenaraikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti SDG 1: No Poverty, SDG 4: Quality Education, SDG 16: Peace, Justice, and Strong Institutions and SDG 17: Partnership for the goals.

Terdahulu, program ini dilaksanakan menggunakan konsep membeli-belah bersama para pelajar bagi memberi peluang kepada mereka memilih sendiri barangan keperluan yang disumbangkan berdasarkan senarai barang yang telah diberikan.

Namun, dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum reda ini, Islamic Relief Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan terus membeli setiap keperluan bantuan mengikut saranan para guru.

Selain keperluan persekolah, bantuan kali ini turut dilengkapi dengan bekalan kit kebersihan seperti topeng muka, pencuci tangan dan pembersih yang akan diedarkan kepada para pelajar dan pihak sekolah. Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Pakej Cheer To School (CTS)

Pakej CTS

RM 250
  • Yuran Sekolah, Set Pakaian Sekolah, Baju Sukan, Beg Sekolah, Set Buku Latihan, Set Alat Tulis, Kasut, Stokin, Botol Air

Pakej Kebersihan Kanak-Kanak

RM 25
  • Topeng Muka, Pencuci Tangan
    Pembersih Tangan

Setiap orang berhak mendapat peluang pendidikan yang sama rata. 

Jom bantu mereka sekarang dengan menyokong kempen ini!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email