41 Orang Cedera Dalam Serangan Di Sempadan Gaza
GAZA, 23 Ogos 2021 – Sekurang-kurangnya 41 orang cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang kini berada dalam keadaan kritikal ekoran serangan yang berlaku di sempadan Gaza, Palestin Sabtu lalu. Insiden ini berlaku ketika penduduk Gaza sedang melakukan demonstrasi sempena memperingati 52 tahun insiden pembakaran Al-Aqsa serta permulaan penderitaan yang dilalui penduduk setempat [...]
Baca sambungan »
Ketegangan di Lubnan Masih Berlarutan
LUBNAN, 23 Ogos 2021 – Gerakan tunjuk perasaan dan sekatan jalan masih lagi berlarutan di Lubnan ekoran isu kekurangan sumber minyak dan bekalan elektrik yang berpunca daripada kejatuhan mata wang dan krisis ekonomi. Susulan itu, banyak pertelingkahan berlaku di stesen minyak seluruh Lubnan. Di Kafaat, Hadath, tentera Lubnan terpaksa campur tangan bagi menghentikan serangan tembakan [...]
Baca sambungan »
Angka Cedera Gempa Bumi Haiti Menghampiri 10,000
HAITI, 23 Ogos 2021 – Hampir 10,000 orang cedera manakala masih ramai lagi dilaporkan hilang dalam insiden gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang menggegarkan Haiti Sabtu lalu. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dianggarkan 500,000 kanak-kanak kini berdepan kekangan akses kepada makanan, air bersih dan tempat perlindungan. Kerja-kerja menyelamatkan penduduk terjejas sedang tergendala berikutan masalah hujan [...]
Baca sambungan »
Gempa Bumi 7.2 Magnitud Gegar Haiti
HAITI, 17 Ogos 2021 – Sekurang-kurangnya 1,419 orang maut manakala 6,000 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi berskala 7.2 magnitud di Haiti Sabtu lalu. Insiden itu telah memusnahkan kediaman penduduk dan banyak bangunan termasuk hotel dan gereja. Kejadian ini nyata menambah tekanan berganda buat Haiti dan penduduk setempat yang terlibat bencana gempa kerana mereka sememangnya [...]
Baca sambungan »
Penduduk Afghanistan Perlu Bantuan Kemanusiaan Segera
AFGHANISTAN, 16 Ogos 2021 – Seramai 31,535 pelarian dalam negara (IDPs) di barat Afghanistan dan 8,470 penduduk di utara negara itu memerlukan bantuan kemanusiaan. Konflik yang melanda negara itu telah mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa melarikan diri. Setakat Julai hingga pertengahan Ogos, seramai 10,350 IDPs tiba di Kabul untuk mendapatkan perlindungan manakala 28,000 penduduk Kunar hilang [...]
Baca sambungan »
158 Keluarga Terkesan Pandemik Di Sarawak Terima Bantuan Pek Makanan
SARAWAK, 7 Ogos 2021 – Seramai 158 buah keluarga di Kuching, Bau, Asajaya, Sri Aman, Lundu, Sematan dan Simunjan, Sarawak telah menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief Malaysia. Antara keperluan lain yang turut diberikan ialah lampin pakai buang dan susu formula untuk 73 bayi dan lima orang dewasa. Objektif program ini dijalankan tidak lain [...]
Baca sambungan »