Menu
Category Archives: Worldwide
GAZA, 27 Ogos 2020 – Pihak berkuasa tempatan di Gaza telah mengumumkan perintah kawalan berkurung di kawasan itu susulan laporan empat kes positif jangkitan koronavirus yang dikenalpasti di luar pusat kuarantin bagi mengelakkan penularan wabak. Semua premis perniagaan termasuk sekolah dan masjid turut dihentikan operasi sehingga satu tempoh masa yang akan diumumkan kelak. [...]
BEIRUT, 10 Ogos 2020 – Lebih 200 terkorban manakala 6,000 lagi dianggarkan cedera dalam insiden letupan di Beirut. Sebanyak 12 pusat rawatan kesihatan musnah, tiga hospital tidak dapat beroperasi dan 120 buah sekolah yang menempatkan 55,000 kanak-kanak Lubnan serta pelarian juga mengalami pelbagai kerosakan. Selain itu, jumlah catatan kes positif koronavirus (COVID-19) turut dilaporkan meningkat [...]
Ogos 8th, 2020
Worldwide
Baca dalam
NIGER, 8 Ogos 2020 – Seramai 4,505 penduduk yang terjejas di Dosso dan Tillaberry kini memerlukan bantuan kemanusiaan segera selepas banjir besar melanda Niger sejak 2 Ogos lalu. Sementara itu, sebanyak 420 kediaman dilaporkan musnah manakala 530 hektar tanaman mengalami kerosakan. Antara keperluan mendesak yang yang dikenal pasti ketika ini adalah makanan, barangan bukan makanan […]
Ogos 7th, 2020
Worldwide
Baca dalam
BEIRUT, 7 Ogos 2020 – Angka kematian insiden letupan di Beirut terus meningkat kepada 154 orang termasuk kanak-kanak manakala lebih 5,000 lagi cedera. Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, seramai 120 orang pesakit yang mengalami kecederaan kritikal disebabkan serpihan kaca pecah memerlukan pembedahan segera. Laporan awal menunjukkan lebih 1.5 juta orang di ibu negara Lubnan [...]
BEIRUT, 5 Ogos 2020 – Lebih 70 orang terkorban manakala hampir 4,000 lagi cedera dalam insiden letupan yang berlaku di pelabuhan Beirut, Lubnan semalam. Banyak bangunan dilaporkan musnah dengan keadaan tingkap berkecai dan siling runtuh. Gudang penyimpanan ubat-ubatan sakit kronik, kontena, lapangan terbang Beirut, kenderaan dan jalan raya di sekitarnya juga musnah teruk. Punca sebenar [...]
Julai 30th, 2020
Worldwide
Baca dalam
Lubnan, 30 Julai 2020 – Kes positif koronavirus (COVID-19) di Lubnan telah memasuki gelombang kedua memandangkan catatan kes baharu dilaporkan lebih tinggi berbanding di awal penularan wabak iaitu kira-kira 140 hingga 180 kes sehari. Rentetan itu, kerajaan Lubnan telah mengambil pendekatan mengisytihar semula perintah berkurung sehingga 10 Ogos. Kemerosotan ekonomi yang berlaku di […]