36 terkoban dalam pergaduhan di Yemen

36 mangsa dilaporkan maut dan 185 tercedera ekoran pergaduhan besar di Aden dan Lahj. Konflik berlaku antara angkatan tentera kepada Majlis Transisi Selatan (STC) dengan Kerajaan Yemen yang diiktiraf antarabangsa.

Islamic Relief (IR) kini aktif memberi bantuan makanan kepada 3,000 isi rumah namun data awal menunjukkan keseluruhan 6,000 isi rumah memerlukan bantuan makanan termasuk barangan bukan makanan.

IR Yaman dalam usaha untuk menyalurkan bantuan makanan dan barangan bukan makanan kepada 3,000 isi buah rumah.

Panel Kecemasan Bahagian Program Antarabangsa (IPD) turut menyokong cadangan dana yang memperuntukkan  £50,000 dari Dana Tindakbalas Kemanusiaan. Ia bagi memudahkan IR Yaman untuk memulakan aktiviti pengedaran bantuan dengan kadar yang segera.

Islamic Relief di Yaman telah beroperasi sejak tahun 2004 menerusi pejabat-pejabat yang diuruskan oleh kakitangan tempatan di Sa’dah, Hajja, Amran, Sana’a, Ma’rib, dan Dhamar.

 

Sumber: Islamic Relief Worldwide (IRW)