Menu
Author Archives: admin
Seramai 1,310 buah keluarga di sembilan buah negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kedah, Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur dan Sarawak telah menerima sumbangan minuman probiotik Yakult menerusi program edaran pek makanan Rezeki Ramadan anjuran Islamic Relief Malaysia. Setiap keluarga dibekalkan dengan dua pek minuman Yakult Ace dan Yakult Ace Light selain menerima bantuan [...]
AFGHANISTAN, 15 April 2022 – Dianggarkan 97 peratus penduduk Afghanistan bakal dihimpit kemiskinan yang lebih teruk menjelang penghujung Jun ini, manakala menurut laporan Program Makanan Sedunia (WFP), 95 peratus penduduk di negara itu terpaksa berdepan ancaman kelaparan yang buruk ekoran kekurangan bekalan makanan. Justeru, Islamic Relief terus proaktif membantu penduduk Afghanistan dengan kerjasama badan bukan [...]
SOMALILAND, 14 April 2022 – Lebih 28 orang dilaporkan cedera manakala ratusan kedai di pasar utama di ibu negara Somaliland musnah dalam insiden kebakaran besar pada 1 April lalu. Kebakaran itu dikatakan bermula di pasar Waheen di Hargeisa pada Jumaat malam dan berterusan hingga keesokan harinya berikutan kekangan yang dihadapi pasukan bomba untuk mengakses jalan [...]
SEGAMAT, 21 Mac 2022 - Seramai 126 orang penduduk Kampung Spang Loi dan Kampung Padang Kiambang yang terjejas banjir akibat ban Sungai Muar di Kampung Spang Loi pecah penghujung tahun lalu, telah menerima bantuan baucar wang tunai tajaan Maybank Islamic di surau Kg. Jawa, Buloh Kasap, Segamat, Johor. Sumbangan yang diberikan itu bertujuan untuk meringankan [...]
Krisis di Syria kini memasuki tahun ke 11. Dalam tempoh lebih sedekad ini, banyak pusat kesihatan di negara itu telah musnah. Namun, dengan sokongan anda semua, Islamic Relief berjaya memastikan mereka yang memerlukan di Syria mendapat akses kepada rawatan perubatan bagi menyelamatkan nyawa dan mengubah hidup mereka. Antara individu yang telah mendapat manfaat daripada bantuan [...]
Beberapa Pusat Aktiviti Wanita yang dikendalikan oleh Islamic Relief di Iraq aktif menangani isu keganasan seksual dan keganasan berasaskan gender (GBV) melalui pelbagai siri aktiviti. Pusat aktiviti ini menjadi komponen utama dalam membantu mereka yang terselamat daripada isu keganasan dengan menawarkan ruang serta bantuan perlindungan yang sangat diperlukan oleh golongan wanita dan kanak-kanak perempuan. Antara [...]