Islamic Relief Edar Bantuan Pek Makanan di Kabul
AFGHANISTAN, 18 Oktober 2021 – Islamic Relief Afghanistan telah mengedarkan 777 bantuan pek makanan kepada penduduk terjejas di Khak E Jabar, Bagrami, Deh Sabz dan 12 lagi kawasan di wilayah Kabul pada 9 dan 10 Oktober lalu. Sementara itu, lebih tujuh projek lain yang sedang dilaksanakan di Afghanistan sebelum ini masih berjalan seperti biasa. Isu [...]
Baca sambungan »
Isu Kekurangan Bahan Bakar di Lubnan Kian Meruncing
LUBNAN, 13 Oktober 2021 – Bekalan elektrik di Lubnan terputus ekoran dua stesen janakuasa utama di negara itu terpaksa ditutup berikutan kekurangan bahan bakar. Menurut laporan media antarabangsa, kekurangan nilai mata wang asing menjadikan isu kekurangan bahan bakar dan kesukaran penjanaan elektrik secara persendirian menjadi lebih kritikal. Krisis ekonomi yang menghimpit Lubnan ketika ini terjadi [...]
Baca sambungan »
Insiden Gempa Di Pakistan Ragut 42 Nyawa
PAKISTAN, 11 Oktober 2021 – Sekurang-kurangnya 42 orang terkorban manakala 229 lagi cedera dalam insiden gempa bumi dengan kekuatan 5.9 skala Richter, pada kedalaman 15 kilometer yang melanda kawasan Harnai di wilayah Balochistan pada 7 Oktober lalu. Insiden ini telah menjejaskan 35,363 penduduk setempat. 409 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan dan ada yang musnah sepenuhnya. [...]
Baca sambungan »
Penduduk Kenya Berdepan Ancaman Kemarau Dan Kelaparan
KENYA, 20 September 2021 - Dianggarkan 2.1 juta penduduk Kenya kini berada dalam fasa kecemasan kebuluran tahap tiga berikutan bencana kemarau yang melanda negara itu semakin buruk. Angka ini menunjukkan peningkatan 70 peratus sejak awal Februari lalu. Kadar malnutrisi juga dilaporkan tinggi. Kira-kira 70 peratus kawasan takungan air di Kenya sudah mulai kering dan paras [...]
Baca sambungan »
Konflik Kemanusiaan di Sudan Selatan Semakin Buruk
SUDAN SELATAN, 17 September 2021 – Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA), sekurang-kurangnya 380,000 penduduk terjejas banjir melibatkan kawasan Jonglei, Unity, Bahr El Ghazal dan Warrap. Jangkitan wabak demam campak, virus Rubella dan hepatitis E mula menular di kawasan Warrap manakala jumlah jangkitan positif COVID-19 juga dikatakan semakin meningkat. Operasi pengangkutan [...]
Baca sambungan »
Islamic Relief Edar Bantuan Barangan Bukan Makanan Kepada Penduduk Terjejas Banjir di Sudan
SUDAN, 7 September 2021 – Lebih 88,000 penduduk Sudan dilaporkan terjejas akibat hujan lebat dan banjir kilat yang melanda 13 wilayah di negara itu sejak Julai lalu. Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah Aj Jazirah, Darfur barat dan selatan serta Gedaref. Setakat 1 September, 4,800 rumah musnah manakala 12,780 lagi mengalami kerosakan. Kebanyakan penduduk [...]
Baca sambungan »