Asrama Desa di Kg. Tagupi Laut, Lahad Datu, Sabah disediakan khusus buat para pelajar yang tinggal berjauhan dari Pusat Pembangunan Modal Insan (PPMI). Ia bagi meringankan beban pelajar yang perlu berjalan kira-kira 2 jam sehari untuk ke sekolah. Walaubagaimanapun, keadaan Asrama Desa yang sedia ada agak uzur. Bumbung dan dinding kebanyakannya terdiri daripada kayu lapis dan kadang kala diganti dengan daun kelapa tenun. Adakalanya lapisan tersebut terkopak dan bocor sehingga menyebabkan air hujan membanjiri rumah mereka. Bekalan elektrik juga sangat terhad dan tiada bekalan air bersih untuk mandi, pembersihan dan minum.
Asrama Desa
Sektor Pendidikan
PENGENALAN

OBJEKTIF
- Menaik taraf asrama desa lama untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan selesa untuk menampung jumlah penghuni yang ramai.
- Menyediakan sistem sanitasi yang lebih lengkap dan sempurna.
- Melindungi ahli keluarga daripada terdedah kepada penyakit bawaan air serta haiwan liar seperti anjing, monyet dan buaya.
PENERIMA MANFAAT
10 Keluarga (50 Penerima Manfaat)
LOKASI
Kampung Tagupi Laut, Lahad Datu, Sabah