Kasih MyYateem

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#CareForOrphan

Kasih MyYateem

Isu anak yatim merupakan cabaran global yang memberi kesan kepada jutaan kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama atau negara. Anak-anak yatim ini menghadapi kesukaran membesar tanpa kasih sayang dan sokongan daripada keluarga.

Banyak halangan dan cabaran dalam memenuhi keperluan anak-anak yatim termasuklah menyediakan keperluan asas seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal. Kebanyakan mereka juga tidak mendapat akses pendidikan yang baik, terdedah kepada isu buruh kanak-kanak, perkahwinan secara paksa, pemerdagangan manusia, kekurangan sokongan masyarakat, serta kehilangan harta benda.

Setiap hari, kanak-kanak terabai akibat kemiskinan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dianggarkan 800,000 orang setiap tahun membunuh diri, dengan lebih daripada 75 peratus daripada mereka tinggal di negara berpendapatan rendah atau sederhana.

Melalui pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan Islamic Relief sejak tahun 1986, kehidupan anak-anak yatim ini lebih terbela. Islamic Relief sentiasa berusaha membina masa depan yang lebih cerah dan memberi kegembiraan untuk anak-anak yatim di seluruh dunia.

Di Islamic Relief Malaysia, kami komited untuk memberikan kehidupan yang berbeza buat anak-anak yatim. Melalui Kasih MyYateem, sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membantu anak-anak yatim di lebih daripada 25 buah negara melalui bantuan saraan keluarga, pendidikan tinggi, kesihatan dan makanan asas. Islamic Relief berusaha untuk memastikan golongan sasar ini menerima penjagaan dan peluang yang mereka perlukan untuk berkembang maju dan berjaya.

Setiap sumbangan tidak kira seberapa besar atau kecil nilainya, memainkan peranan penting dalam mengubah kehidupan anak-anak yatim. Sumbangan yang anda hulurkan, dapat memberi peluang untuk mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, dapat menampung keperluan kesihatan dan makanan asas serta menyediakan perlindungan yang lebih kondusif dan selamat.

Bersama kita berikan senyuman dan kebahagian buat anak-anak yatim ini, insya-Allah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email