27 Orang Terkorban Akibat Banjir dan Tanah Runtuh di Kerala

INDIA, 20 Oktober 2021 – Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban manakala 3 lagi dilaporkan hilang dalam insiden banjir dan tanah runtuh berikutan hujan lebat yang melanda Kerala, India.

Seramai 8,906 individu daripada 2,429 buah keluarga yang terjejas terpaksa mendapatkan perlindungan di 235 kem bantuan yang disediakan pihak berkuasa tempatan.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh 11 pasukan daripada Agensi Pengurusan Bencana, tentera darat dan laut.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di daerah Idukki dan Kottayam.

Daerah Alappuzha juga dikatakan bakal terjejas ekoran pelepasan air daripada empangan.

Islamic Relief kini sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengetahui situasi terkini yang berlaku di sana.