• +60389263434
  • info@islamic-relief.org.my
DERMA
SEKARANG

Visi

Berlandaskan kepada kepercayaan serta niilai-nilai Islam.  IR berhasrat mewujudkan dunia yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat  bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan.

Misi

IR akan memanfaatkan pelbagai sumber, menjalin kerjasama dan membangunkan keupayaan tempatan berpandukan nilai-nilai Islam, bertujuan untuk:

 

[1] Membolehkan komuniti bersiapsiaga ke arah meminimumkan kesan pasca bencana, bersedia untuk menghadapi bencana akan datang dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya .

[2] Mempromosikan pembangunan bersepadu dan pemuliharaan alam sekitar dengan penekanan kepada kesinambungan kehidupan.

[3] Membantu golongan terpinggir dan memerlukan untuk menyuarakan keperluan mereka dan bekerjasama dengan pihak lain bagi mengenalpasti punca kemiskinan golongan tersebut.

 

Kami memanfaatkan sumber-sumber ini tanpa mengira bangsa,  fahaman politik, umur, jantina, kepercayaan dan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Nilai-Nilai

Keiklasan

Usaha kita didorong atas dasar ikhlas kerana Allah & keperluan untuk memenuhi tanggungjawab kepada manusia dengan jujur dan tanpa mementingkan diri sendiri.

 

Keadilan Sosial

Keadilan sosial menjadi tunggak bagi masyarakat & institusi menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan miskin dan golongan memerlukan.

 

Belas Kasihan

Perlindungan nyawa & kesejahteraan  kehidupan merupakan keutamaan kami. Oleh yang demikian, kami akan bertindak terhadap  penderitaan akibat bencana, kemiskinan dan ketidakadilan.

 

Tanggungjawab

Kami bertanggungjawab menjaga amanah terhadap bumi, sumber-sumbernya dan kepercayaan yang diberikan supaya tindakan kami telus, bertanggungiawab dan cekap.

 

Kecemerlangan

Kami bertekad ke arah kecemerlangan dalam operasi dan tindak-tanduk kami, di hadapan Allah dan kepada masyarakat.