VISI, MISI, SASARAN GLOBAL & NILAI
VISION
Berlandaskan kepada kepercayaan serta nilai-nilai Islam, Islamic Relief berhasrat mewujudkan dunia yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan.
Islamic Relief berusaha untuk mengeluarkan penerima manfaat daripada kitaran kemiskinan dengan menyediakan penyelesaian berkekalan ke arah mengupayakan mereka untuk mengubah kehidupan. Islamic Relief membantu semua lapisan masyarakat tanpa sebarang prejudis.
MISI
Membolehkan komuniti bersiapsiaga ke arah meminimumkan kesan pasca bencana, bersedia untuk menghadapi bencana akan datang dan melaksanakan tindakan sewajarnya.
Mempromosi pembangunan bersepadu dan pemuliharaan alam sekitar dengan penekanan kepada kehidupan mampan.
Membantu golongan terpinggir dan memerlukan untuk menyuarakan keperluan mereka dan bekerjasama dengan pihak lain bagi mengenalpasti punca dan mengatasi kemiskinan.
SASARAN GLOBAL
Sasaran global Islamic Relief bertujuan untuk memastikan agar kami membantu secara berkesan di dalam bencana, memberi sumbangan besar terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyokong perubahan positif di dalam masyarakat.
Memberi tindak balas kecemasan untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan krisis kemanusiaan.
Memperkasa keluarga dan komuniti.
Menangani punca isu kemanusiaan di peringkat setempat dan global.
Mengumpul dana dan sumber untuk membina keluarga Islamic Relief.
Membina keupayaan organisasi untuk mencapai matlamat.
NILAI
Islamic Relief dipandu oleh nilai-nilai Islam serta ajaran Al-Quran dan Sunnah. Islamic Relief komited terhadap lima nilai utama:
Ikhlas | Usaha kami didorong atas dasar ikhlas kerana Allah dan keperluan untuk memenuhi tanggungjawab kepada manusia dengan jujur dan tidak mementingkan diri sendiri.
Adil | Keadilan sosial menjadi tonggak bagi masyarakat dan institusi menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan miskin dan golongan memerlukan.
Rahmah | Perlindungan nyawa dan kesejahteraan kehidupan merupakan keutamaan kami. Oleh yang demikian, kami akan bertindak terhadap penderitaan akibat bencana, kemiskinan dan ketidakadilan.
Amanah | Kami bertanggungjawab menjaga amanah terhadap bumi, sumber-sumbernya dan kepercayaan yang diberikan supaya tindakan kami telus, bertanggungjawab dan cekap.
Ihsan | Kami bertekad ke arah kecemerlangan dalam operasi dan tindak-tanduk kami, sebagai memenuhi hak semua penerima manfaat.