Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#zahirkankesyukuran

Rezeki Qurban

Pengenalan Qurban

Setiap tahun, di bulan Zulhijjah, umat Islam di seluruh dunia akan menjalankan ibadah korban yang sangat dituntut dalam Islam. Ia juga merupakan satu ibadah sunat yang sangat disukai Allah.

Pelaksanaan ibadah korban dijalankan pada hari Nahar 10 Zulhijjah dan hari Tasyrik pada 11 – 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Aidiladha Dirai, Nikmat Dikongsi

Islamic Relief secara global sentiasa berusaha untuk menyantuni lebih ramai komuniti memerlukan menerusi projek kebajikan yang dijalankan.

Bagi tahun 2023 ini, kempen Rezeki Qurban anjuran Islamic Relief Malaysia mensasarkan kutipan dana sebanyak RM300,800 bagi menyantuni penerima manfaat di enam buah negara (Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Palestin (Gaza) menerusi 677 penyertaan bahagian korban.

Kempen Rezeki Qurban berlangsung pada 24 April 2023 hingga 23 Jun 2023.

Dengan menyertai kempen Rezeki Qurban menerusi Islamic Relief, anda bukan sahaja dapat melaksanakan ibadah sunat muakkad, malah dapat membantu golongan memerlukan menerusi agihan sumbangan daging korban kerana inilah satu-satunya peluang untuk mereka menikmati juadah daging sekali dalam setahun.

Ketika ini, kira-kira 828 juta orang diseluruh dunia sedang diancam kelaparan. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Sokongan anda dapat memberi harapan buat keluarga memerlukan di Aidiladha ini.

Telus, Amanah & Dipercayai

Kriteria pemilihan bagi penerima sumbangan daging korban antaranya ibu tunggal, anak yatim, warga emas, fakir miskin, asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), pelarian, keluarga yang terjejas bencana dan keluarga yang mempunyai jumlah isi rumah yang ramai.

Setiap keluarga akan menerima kira-kira antara 2 kilogram hingga 4 kilogram daging korban yang dijangka mampu bertahan untuk tempoh satu minggu.

Bagi pemilihan jenis haiwan ternakan untuk disembelih pula berbeza mengikut negara antaranya lembu, kerbau, kambing, dan kambing biri-biri.

Tahun lalu, secara keseluruhan Islamic Relief telah menyantuni lebih 4 juta penerima manfaat di 28 buah negara menerusi 735,433 edaran pek daging korban, manakala bagi Islamic Relief Malaysia pula, seramai lebih 19,802 penerima manfaat berjaya disantuni menerusi kempen Rezeki Qurban yang telah dilancarkan.

PAKEJ REZEKI QURBAN

MALI

RM 375
  • Satu Bahagian Lembu

MALAWI

RM 450
  • Seekor Kambing / Satu Bahagian Lembu
TUTUP

SOMALIA

RM 500
  • Seekor Biri-Biri / Kambing
TUTUP

YAMAN

RM 1,200
  • Seekor Biri-Biri / Kambing / Satu Bahagian Lembu

SYRIA

RM 1,600
  • Seekor Biri-Biri
tutup

PALESTIN

RM 2,400
  • Satu Bahagian Lembu
Qurban anda adalah simbol kasih sayang buat pelarian SYRIA

SEDEKAH QURBAN

Serendah RM 10
  • Menampung kos pelaksanaan & operasi
Qurban anda membuatkan penduduk MALI tersenyum

* Harga termasuk kos seliaan dan pengurusan aktiviti korban

“Nak beli tepung, beras dan gula pun susah, apatah lagi nak nak beli daging atau buah-buahan untuk anak-anak saya. Keluarga kami berdepan kesukaran untuk mendapatkan akses air minuman yang bersih, rawatan kesihatan dan kemudahan pendidikan. Saya juga tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah kerana tiada wang untuk membayar yuran persekolahan, menyediakan pakaian sekolah serta alat tulis. Sumbangan daging korban yang kami terima daripada Islamic Relief ini memberi kegembiraan berganda buat kami di Aidiladha.”
Fuziah Abdullah
Penerima manfaat program Qurban di Sana'a, Yaman
“Kami hanya makan apa yang kami dapat dari bantuan atau pemberian penghuni lain di kem pelarian ini. Daging bukanlah salah satunya. Hidup kami sangat susah. Di sini, tiada tandas dan pusat kesihatan. Kami juga tidak mempunyai bekalan makanan untuk dimakan. Kami selalu tidur dengan perut yang kosong. Hari ini, kami sangat gembira kerana menerima sumbangan daging korban daripada Islamic Relief. Terima kasih kerana membantu kami.” - Kheyrta Mustaf Aden, IDP Camp in Banadir, Somalia.
Kheyrta Mustaf Aden
Penerima manfaat program Qurban di kem pelarian dalam negara di Banadir, Somalia

FAQ REZEKI QURBAN

Bagaimana pelaksanaan ibadah korban yang dijalankan oleh Islamic Relief?

Answer:

Islamic Relief menjalankan ibadah korban di negara-negara di mana terdapat pejabat operasi Islamic Relief, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh negara masing-masing. Proses pelaksanaan dan agihan daging korban akan dijalankan oleh kakitangan dan sukarelawan Islamic Relief.

Bilakah pelaksanaan korban dijalankan dan bagaimana dengan anjuran untuk tidak memotong kuku dan rambut bagi orang yang ingin membuat korban?

Answer:

Islamic Relief akan melaksanakan ibadah korban bermula 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah.

 

Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah), maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya.

 

Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

 

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1061-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-11-anjuran-untuk-tidak-memotong-kuku-dan-rambut-bagi-yang-ingin-melakukan-ibadah-korban-apabila-tibanya-1-zulhijjah

Bagaimana untuk memastikan penyertaan korban peserta dilaksanakan?

Answer:

Selain menyediakan sijil penyertaan kepada semua peserta, laporan gambar dan video yang diterima dari Islamic Relief Worldwide juga akan dikongsi di laman media sosial Islamic Relief Malaysia untuk rujukan.

Selain pelaksanaan korban, adakah Islamic Relief ada menyediakan perkhidmatan aqiqah juga?

Answer:

Tiada. Islamic Relief hanya menjalankan program ibadah korban sahaja.

Mengapa harga setiap pakej qurban berlainan?

Answer:

Harga bagi satu bahagian korban berbeza mengikut jenis ternakan dan harga semasa haiwan sembelihan korban di sesebuah negara yang terlibat.

Kenapa harga penyertaan bahagian korban tahun ini meningkat?

Answer:

Islamic Relief sangat teliti dalam menentukan nilai harga bagi pendaftaran bahagian korban yang ditawarkan. Dalam usaha menjaga kualiti haiwan ternakan korban yang dipilih, kami hanya berkolaborasi dengan pembekal terbaik yang menyediakan haiwan ternakan yang sihat, mempunyai berat mencukupi dan menepati kriteria serta syarat sah bagi haiwan ternakan korban menurut Islam.

Purata kenaikan harga ternakan korban adalah sekitar EUR 175 bersamaan RM857.

Apakah punca kenaikan harga ini?

  1. Kadar Inflasi global
  2. Krisis kos sara hidup yang semakin meningkat
Bagaimana Islamic Relief memastikan ketelusan dalam memilih pembekal haiwan ternakan korban?

Answer:

Semua pejabat Islamic Relief yang terlibat dalam melaksanakan ibadah korban perlu mematuhi garis panduan dan proses perolehan yang telah ditetapkan oleh Islamic Relief bermula dengan pembukaan tender secara meluas menggunakan sokongan media tempatan.


Seterusnya, pembida yang menepati kriteria akan melalui proses penilaian dan pemilihan oleh jawatankuasa perolehan Islamic Relief.

Setiap proses yang dijalankan mempunyai dokumen lengkap sebagai rekod dan pengauditan.


Dengan pengalaman lebih 30 tahun melaksanakan ibadah korban dan mengagihkan sumbangan daging korban kepada golongan memerlukan, Islamic Relief sentiasa peka dalam menjaga ketelusan serta amanah para penyumbang.


Setiap keluarga penerima manfaat akan menerima kira-kira antara 2 kilogram hingga 4 kilogram daging korban yang dijangka mampu bertahan untuk tempoh satu minggu.

Bila haiwan korban akan disembelih?

Answer:

Waktu penyembelihan haiwan korban bermula selepas khutbah solat Aidiladha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Maka tempoh menyembelih haiwan korban hanya empat hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

 

Ini bertepatan dengan hadis berikut:

Al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah dalam Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran berkata: “Dimulakan dengan solat (Solat Hari Raya Adha) sebelum melakukan ibadat korban.”

 

Pengarang Al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya.”

 

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini, (hari raya) ialah kami bersembahyang. Kemudian kami pulang dan menyembelih korban. Oleh itu, sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunah kami. Dan sesiapa telah menyembelih sebelum itu, maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya, bukan untuk ibadat korban sedikit pun.”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Bolehkah beberapa orang berkongsi duit untuk melakukan ibadah korban?

Answer:

“Hukumnya ialah sunat muakkad yang dianggap benar di sisi kami (Syafieyyah) secara sunat kifayah, (yakni) jika ramai ahli dalam sebuah rumah itu maka jika dilaksanakan korban seseorang daripada mereka, maka mamadailah (pahala korban) daripada sekalian lainnya. Jika hanya seorang sahaja, maka jadilah sunat ain.

 

Berpandukan hadis Jabir RA: Kami keluar bersama Rasulullah SAW dalam keadaan berihram haji lalu Baginda menyuruh kami bersekutu dalam menyembelih korban unta dan lembu, tujuh bahagian korban dibahagi tujuh orang. (Hadis Riwayat Muslim)

 

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1301-al-kafi-351-berkongsi-satu-bahagian-korban

Bolehkah seseorang itu berniat untuk melaksanakan korban untuk orang yang telah meninggal dunia?

Answer:

Terdapat beberapa pendapat, antaranya:

  • Dibolehkan untuk melakukan korban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati. Ini adalah pendapat jumhur ahli ilmu yang merangkumi al-Hanafiyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan sebahagian al-Syafi’ieyyah.
  • Makruh hukumnya melakukan korban buat si mati. Ini adalah pendapat al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi seseorang melakukan korban buat si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”.
  • Tidak boleh melakukan korban buat si mati melainkan ianya telah diwasiatkan oleh si mati sebelum kematiannya. Ini adalah pendapat al-Syafi’ieyyah yang mana al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dan tidaklah disembelih bagi orang lain melainkan mendapat izin daripadanya dan tidak juga daripada yang mati melainkan ianya telah diwasiatkan.”

Kesimpulan

Walaupun permasalahan ini menjadi khilaf dikalangan ulama, kami cenderung dengan pendapat yang ketiga iaitu pendapat kebanyakan Syafi’eyyah iaitu mesti adanya wasiat dari si mati untuk melakukan korban buat dirinya.

Namun, kami juga tidak menafikan pendapat sebahagian Syafi’eyyah yang berpendapat bahawa tidak memerlukan kepada wasiat. Ini sepertimana yang telah dinukilkan oleh Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili Hafizahullah yang mana menyebutkan: “(dan dikatakan) sah hukumnya sembelihan bagi si mati sekalipun tidak diwasiatkan kerana ianya seperti sedekah maka sahlah juga bagi si mati dan ianya memberi manfaat buatnya”. [Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Dar al-Qalam, 2/490]

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1069-irsyad-al-fatwa-haji-korban-siri-6-hukum-melakukan-korban-buat-si-mati

Apakah jenis haiwan yang akan dikorbankan oleh Islamic Relief?

Answer:

Jenis haiwan akan berbeza mengikut negara. Antaranya; kambing biri-biri, kambing, lembu, kerbau dan seladang.

Contoh:

Palestin (Gaza) - Lembu

Syria - Kambing Biri-Biri

Apa beza nama dan penama untuk pendaftaran?

Answer:

Nama merujuk kepada nama penyumbang manakala penama merujuk kepada nama peserta korban.

Adakah terdapat kos lain dalam setiap harga pakej?

Answer:

Benar. Harga setiap pakej adalah termasuk kos seliaan dan pengurusan aktiviti korban.

Adakah penyumbang akan menerima resit pelepasan cukai?

Answer:

Tidak. Penyumbang yang melaksanakan ibadah korban tidak layak untuk mendapat resit pelepasan cukai.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email