TANPA kelengkapan yang cukup, cuaca sejuk melampau boleh mengancam nyawa mereka yang tidak berkemampuan.
Tahun ini, Islamic Relief Malaysia meneruskan kempen Rayuan Musim Sejuk, untuk membantu penduduk Gaza, Palestin dengan sasaran pengumpulan dana sebanyak RM300,000 bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2025.
Bantuan yang akan disalurkan merangkumi baju sejuk, selimut, tilam, sarung tangan, pek makanan dan bantuan tunai.
Kriteria penerima bantuan merangkumi ibu tunggal, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, golongan berpendapatan rendah, pelarian dalam negara (IDPs), ibu mengandung dan menyusu, isi rumah yang tiada pendapatan dan mempunyai bilangan tanggungan yang ramai.
Cuaca sejuk melampau boleh memberi kesan besar kepada kesihatan termasuk kulit kering dan mengelupas, hipotermia, ‘frostbite’ atau melecur, serangan jantung dan lain-lain.
Penduduk Gaza Berdepan Musim Sejuk Tanpa Keperluan Asas
Setahun genosid di Gaza, masih tiada tanda keganasan akan berhenti. Kira-kira 1.9 juta orang hilang tempat tinggal dan hidup dalam serba kekurangan.
Musim sejuk yang bakal menjelang turut mengancam nyawa mereka.
Setiap ringgit yang anda sumbangkan mampu menyelamatkan nyawa mereka.