Bersempena bulan suci Ramadan, Omar & Hana ingin menjemput anda semua untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan. ‘Box of Kindness Dengan Omar & Hana’ bertujuan untuk melayani 1,500 anak melalui pengedaran pek makanan sepanjang bulan Ramadan di lebih dari 33 buah negara termasuk Malaysia!

Sama ada di negara-negara membangun, atau negara-negara yang menghadapi konflik perang dan bencana alam, anak-anak adalah kumpulan yang paling rentan dan terdedah kepada risiko bahaya yang lebih tinggi. Ancaman terbesar adalah KELAPARAN!

Ramadan: Sebuah Kotak kebajikan oleh Omar & Hana

Program Bermusim

Bersempena bulan suci Ramadan, Omar & Hana ingin menjemput anda semua untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan. ‘Box of Kindness Dengan Omar & Hana’ bertujuan untuk melayani 1,500 anak melalui pengedaran pek makanan sepanjang bulan Ramadan di lebih dari 33 buah negara termasuk Malaysia!

Sama ada di negara-negara membangun, atau negara-negara yang menghadapi konflik perang dan bencana alam, anak-anak adalah kumpulan yang paling rentan dan terdedah kepada risiko bahaya yang lebih tinggi. Ancaman terbesar adalah KELAPARAN!

Bayangkan,

1 daripada 15 kanak-kanak di negara-negara membangun mati sebelum mencapai umur 5 tahun akibat kekurangan zat makanan.

1 daripada 4 kanak-kanak di negara-negara membangun juga menghadapi pertumbuhan yang tidak menentu dengan ketiadaan diet yang betul.

Hampir 66 juta kanak-kanak datang ke sekolah rendah dengan perut kosong setiap hari.

Pada masa-masa di mana negara terjejas oleh konflik, kehilangan harta akibat bencana alam atau kehilangan pekerjaan akibat ketidakstabilan ekonomi, ia menjadi penyebab utama bagi ibu bapa kerana mereka tidak dapat menyediakan makanan asas, apa lagi untuk mengatakan makanan berkhasiat untuk keluarganya.

Sasaran

RM 102,000

Jumlah Pek Makanan

500 pek

Jumlah Negara

34 negara

Jumlah Penerima Manfaat

1,500 kanak-kanak / 2,500 individu

Dalam kes di mana dana melebihi sasaran melalui kempen ‘Box of Kindness With Omar & Hana’, Islamic Relief Malaysia akan menyalurkan dana untuk program bantuan yang akan memberi manfaat kepada kanak-kanak yang memerlukan.