Fighting back after more than two decades of violence

Broken promises is the poignant theme for this year’s 16 Days of Activism Against Gender-Based Violence – a global United Nations-led campaign that Islamic Relief supports. For survivors of abuse around the world like Hajrija*, who endured 21 long years of violence at the hands of her husband, the safety and support they crave and the justice they deserve can feel out of reach or take years to materialise.

Hajrija’s story echoes the experiences of so many women. Born in 1980 in Uzbekistan, she moved to Bosnia and Herzegovina in 1998 in search of a better life. But instead, her life became a prison of emotional, physical and psychological abuse after she got married in 2001.

Hajrija was subjected to 21 years of horrific violence and abuse by her husband. As he became consumed by gambling and drinking, their children became victims too. At one point, Hajrija and her children were locked in a single room for a week, fed only sporadically and terrorised by their father.

Hajrija’s escape came through an act of sheer bravery. Desperate to save her children, she escaped through a window and sought help from the police, begging for her children to be freed. It was then, in 2020, that she finally found refuge in a safe house.

A lifeline to survivors of abuse

Thanks to support from Islamic Relief, Hajrija and her children are now in a far better place. After settling into the safe house, Hajrija received counselling and support. She completed a nursing course to begin regaining her independence and finally, with the help of Islamic Relief, she was able to get a job caring for the elderly, giving her family a fresh start.

Hajrija’s children, still emotionally fragile, participate in creative activities that are organised to help them heal from their trauma. The divorce process from her abusive husband, mediated by social services, continues. But with a restraining order in place, Hajrija is slowly gaining the sense of peace and security she deserves.

Islamic Relief has played a crucial role in providing essential services to women like Hajrija. We offer them not only emergency assistance but also long-term support that them to get back on their own feet. Safe houses, counselling, and vocational training are among the ways in which Islamic Relief is helping to rebuild lives torn apart by domestic violence.

Broken promises

The theme of Broken Promises reflects the global failure to protect women from violence, but the message of the 16 Days campaign this year is also one of hope for a better future through practical action. Islamic Relief is working hard to provide real, tangible support that helps women escape from violence and rebuild their lives.

There are still countless women and children in need of the kind of safety and support that Hajrija now has. By donating to Islamic Relief, you can be part of our vital, transformative work. Together, we can ensure that no woman has to face the horrors of abuse alone.

Donate today so that we can continue to support survivors like Hajrija.

*Name has been changed to protect confidentiality

Banjir besar di Valencia ragut lebih 200 nyawa, ribuan lagi berdepan situasi genting

VALENCIA, 14 Nov – Ribut DANA yang melanda timur Valencia pada 30 Oktober telah menyebabkan banjir besar dan meragut 223 nyawa, menjadikannya bencana terburuk di rantau ini dalam tempoh beberapa dekad.

Pasukan penyelamat terus melakukan kerja mencari dan menyelamat, sementara penduduk yang terselamat pula berdepan situasi sukar akibat kekurangan elektrik dan terputus bekalan keperluan asas seperti makanan, air, pakaian, selimut, barangan kebersihan, bekalan bayi, dan bantuan pembersihan.

Valencia telah melanjutkan penutupan sekolah dan menutup pusat sosial, taman, tanah perkuburan, dan kemudahan sukan untuk memastikan keselamatan awam.

Keputusan ini dibuat oleh Pusat Penyelarasan Kecemasan Perbandaran (Cecopal) susulan amaran daripada Agensi Meteorologi Sepanyol, memandangkan ribut DANA dijangka terus merebak, menjejaskan kawasan Alicante, Castellón, dan kini menghampiri Malaga di selatan.

Kebimbangan mengenai kesihatan awam juga meningkat apabila dua kes leptospirosis berkait dengan air banjir disahkan berlaku. Pihak berkuasa sedang memantau dengan teliti untuk kes-kes lain disebabkan risiko pencemaran.

Islamic Relief (IR) Spain giat membantu dengan mengedarkan bekalan penting seperti makanan, air, barangan kebersihan, dan alatan pembersihan di kawasan terjejas seperti Paiporta.

Mereka juga telah menggerakkan 100 sukarelawan pada hujung minggu untuk membantu membersihkan jalan dan rumah serta menghantar makanan halal kepada keluarga yang terjejas.

Buat masa ini, IR Spain telah memperuntukkan €50,000 untuk membantu penduduk terjejas dan memantau keadaan semasa di Malaga.

BEST-IR Malaysia anjur Karnival BEST kumpul dana bantu anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan

SERDANG, 20 Okt – Prihatin terhadap masa depan anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan di seluruh dunia, Benua Equestrian Stable (BEST) dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) menganjurkan Karnival BEST – Pertunjukan Berkuda dan Memanah Tradisional pada hari ini, bertempat di Benua Equestrian Stable, UPM.

Karnival tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Charity Week IR Malaysia melalui penjualan tiket pertunjukan berkuda dan memanah berkuda di samping memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai aktiviti sukan sunnah sedari awal usia kanak-kanak.

Ketua Projek Karnival Best merangkap Pegawai Kanan Bahagian Penjanaan Dana IR Malaysia, Mohd Hafiz Ab Majid berkata, anggaran pengunjung yang hadir kira-kira 500 orang.

“Setiap tahun, kumpulan sukarelawan Islamic Relief dari pelbagai negara akan menjalankan program Charity Week bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada projek-projek kemanusiaan Islamic Relief yang memberi fokus kepada bantuan anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan di seluruh dunia.

“Tahun ini, sebanyak 21 kumpulan sukarelawan telah mendaftar di bawah program Charity Week IR Malaysia.

“Pelbagai inisiatif dan aktiviti telah dirangka oleh kumpulan-kumpulan sukarelawan Charity Week ini bagi menjayakan program tersebut. Jadi, salah satu aktiviti yang dilakukan pada tahun ini ialah Karnival BEST,” katanya.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan kepada pengunjung Karnival BEST ialah pertunjukan berkuda, memanah berkuda, pertunjukan seni memanah tradisional Hungary, pertunjukan tent pegging, hippoteraphy, archery fun shoot, joy ride, horse feeding, booth jualan makanan dan minuman, pameran, taklimat, dan pelbagai lagi.

Kebanyakan peserta booth jualan pada karnival itu terdiri daripada usahawan-usahawan projek Growth Entrepreneuship Assistance Programme (GRAP) di bawah bimbingan IR Malaysia.

Turut hadir dalam karnival tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IR Malaysia, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, wakil Pusat Pertanian Putra UPM, Mohd Tarmizi Ishak, Ketua Pegawai Operasi Benua Equestrian Stable, Tuan Hj Zakaria bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Siti Fadilah Mohd Hood, serta Pengurus Kanan Bahagian Penjanaan Dana IR Malaysia, Sharmiza Husin.

Dato’ Sri Syed Saleh turut menyampaikan ucapan pembukaan program sekaligus merasmikan Charity Week Malaysia yang dijadualkan berlangsung bermula 21 hingga 27 Oktober dengan tema ‘Keadilan Sosial’.

Rata-rata pengunjung berpuas hati dan teruja dengan pertunjukan berkuda, memanah, memanah berkuda dan tent pegging yang dipersembahkan oleh RT Equestrian Sdn. Bhd., Academy Awesome Archery dan 3Brothers Archery.

“Program ini sangat bagus sebagai pendedahan kepada anak-anak. Bukan budak-budak saja yang teruja, tetapi orang dewasa pun teruja juga sebab boleh tengok secara dekat dan pegang kuda,” kongsi Azalia yang hadir dari Manjalara, Kepong.

Program turut disertai oleh 40 orang pelajar dari Sekolah Rendah Islam Integrasi Az-Zahra dan diserikan dengan kehadiran Ikon Kemanusiaan IR Malaysia, Chef Imelda dan Kumpulan Saujana.

Charity Week

Pasukan Charity Week IR Malaysia tahun ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM100,000 untuk kanak-kanak kurang berkemampuan dan anak yatim di seluruh dunia termasuk Malaysia dan negara-negara lain seperti Kenya, Rwanda, Afrika Selatan, Sri Lanka, Turkiye, Bangladesh, Albania, Jordan, Iraq, Filipina, Somaliland, Pakistan, Sudan, dan UK. Jom menyumbang.

Banjir buruk di Malaysia, ribuan penduduk berpindah

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Malaysia kini dilanda banjir besar di beberapa negeri terutama Perak dan Pahang, dengan jumlah penduduk terjejas semakin meningkat.

Hujan lebat juga telah menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur yang mengakibatkan gangguan ketara termasuk penutupan jalan-jalan utama.

Di Perak, lebih daripada 1,600 orang telah dipindahkan, manakala di Pahang, lebih daripada 1,200 orang kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Situasi banjir di kawasan ini kekal kritikal, manakala negeri-negeri seperti Kedah dan Melaka menunjukkan sedikit penurunan dan penduduk-penduduk sudah mula kembali ke kediaman masing-masing untuk proses pembersihan.

Amaran ribut petir dan hujan lebat telah dikeluarkan untuk beberapa negeri, dan usaha pengurusan banjir serta bantuan sedang giat dijalankan.

Pemimpin dunia mesti hentikan penyaluran senjata kepada Israel ketika kekejaman semakin meningkat di Gaza

Kekejaman terkini yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza harus menjadi sempadan terakhir bagi pemimpin dunia yang menyokong Israel untuk segera menghentikan semua penjualan senjata kepada Israel, kata Islamic Relief Worldwide. Dalam beberapa jam yang lalu, serangan Israel telah mengakibatkan kanak-kanak dibakar hidup-hidup dalam khemah mereka, kemusnahan ke atas lokasi vaksinasi polio, dan membunuh ibu-ibu yang sedang kelaparan ketika mereka beratur untuk mendapatkan makanan. Pada masa yang sama, keluarga-keluarga di Gaza terpaksa menderita kebuluran di rumah mereka apabila Israel memutuskan semua bekalan makanan dan bantuan lain ke utara Gaza.

Penjualan senjata ini dilihat membantu dan menyokong kekejaman, serta boleh diklasifikasikan sebagai jenayah perang, dan pemimpin mana-mana negara tidak boleh berkomplot dalam menyokong kekejaman ini.

Dengan perhatian global yang semakin beralih dari Gaza, Israel telah meningkatkan serangan terhadap rakyat Palestin di seluruh wilayah tersebut. Di tengah Gaza, pagi ini kanak-kanak telah dibakar hidup-hidup selepas tentera Israel melakukan pengeboman ke atas hospital al-Aqsa di Deir al Balah. Petugas perubatan melaporkan jeritan kesakitan memenuhi udara dan puluhan wanita dan kanak-kanak dengan luka terbakar tahap tiga yang teruk sedang dirawat di hospital akan tetapi mereka tidak mempunyai kelengkapan yang baik. Lebih daripada 1 juta orang kini terperangkap dalam keadaan tidak berperikemanusiaan dan berbahaya di zon ‘kemanusiaan’ yang kecil di tengah Gaza, antara Deir al Balah dan al Mawasi, dan kini Israel telah memaksa lebih ramai orang ke sana sambil berusaha mengosongkan utara Gaza.

Di Jabalia, utara Gaza, Israel meningkatkan perancangan untuk menggabungkan wilayah dan memaksa rakyat Palestin melarikan diri dengan melakukan pengeboman tanpa henti dan kebuluran yang berterusan. Puluhan orang awam telah terbunuh di sana dalam beberapa hari lalu dan Israel telah memperketatkan kepungan dan menghalang sebarang bekalan makanan baru memasuki utara Gaza selama 2 minggu yang lalu. Pagi ini, serangan bom dilakukan ketika aktiviti pengedaran makanan di Jabalia sedang dijalankan lalu membunuh ibu bapa dan kanak-kanak yang kelaparan ketika mereka beratur untuk mendapatkan sisa makanan.

Walaupun Israel mengarahkan orang di utara untuk bergerak ke selatan, ramai juga penduduk Palestin yang melaporkan telah ditembak oleh penembak tepat Israel ketika cuba untuk menyelamatkan diri. Banyak keluarga kini terperangkap dalam zon pengeboman dan penembak tepat tanpa ada tempat untuk melarikan diri. Namun, orang awam yang tidak meninggalkan Gaza utara tidak hilang hak mereka untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan di bawah undang-undang antarabangsa.

Pengeboman yang semakin meningkat dan pemindahan paksa orang awam telah menyukarkan usaha untuk memberikan vaksin polio kepada kanak-kanak kecil, dengan kesan berpotensi yang boleh dirasai hingga ke generasi akan datang. Pusingan kedua kempen vaksinasi polio dijadualkan bermula hari ini, bertujuan memberikan dos vaksin kedua yang amat penting kepada hampir 600,000 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Namun, rancangan ini dalam bahaya apabila sekurang-kurangnya satu sekolah yang dijadikan lokasi vaksinasi telah dibom dalam tempoh 24 jam yang lalu, mengorbankan ramai orang awam yang berlindung di situ.

Gaza sedang dimusnahkan di hadapan mata dunia. Walaupun Israel terus menghalang akses media antarabangsa ke Gaza dan melakukan serangan yang menyasarkan wartawan, pemimpin tidak boleh mengatakan bahawa mereka tidak tahu mengenai kekejaman ini. Mereka mesti mengambil tindakan yang lebih berani dan memastikan tindakan perlu diambil di atas  pelanggaran undang-undang antarabangsa yang telah dilakukan oleh Israel. Islamic Relief Worldwide menggesa pemimpin dunia untuk menghentikan semua pemberian senjata dan menuntut dengan tegas agar pengilhakan Israel dan pemindahan paksa rakyat Palestin di Gaza utara mesti dihentikan dan mendesak Israel untuk mematuhi perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mencegah genosid.

Krisis di Lubnan Memuncak, Penduduk Semakin Menderita

Sekurang-kurangnya 2,141 orang terkorban, manakala 10,099 lagi cedera berikutan ketegangan yang memuncak di Lubnan dengan serangan paling dahsyat pada 23 September 2024.

Lebih satu juta penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa menjadi pelarian di dalam negara sendiri.

Lebih 400,000 orang dikatakan telah melarikan diri ke Syria.

Serangan berbalas antara kedua pihak bertelagah dijangka meningkat.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, dalam laporan berita Xinhua, menyatakan kebimbangannya bahawa konflik yang semakin meruncing dan serangan berterusan mungkin menyebabkan Lubnan menghadapi nasib yang sama seperti Gaza.

Lebih 77 kawasan kampung dan bandar di Selatan Lubnan diarahkan berpindah, namun serangan udara tetap terus dilancarkan.

Kini, ratusan ribu orang berlindung di kawasan sekolah yang dijadikan pusat penempatan sementara, namun ia tidak cukup untuk menampung keseluruhan jumlah penduduk yang terjejas.

Keadaan menjadi sesak dan padat, hingga ada yang terpaksa tidur di luar bangunan sekolah atau taman permainan.

Lebih 100 orang berkongsi satu tandas dan ada yang tiada kemudahan bilik mandi.

Dianggarkan 100,000 orang terpaksa tidur di jalanan, selain berlindung di dalam khemah yang didirikan di kawasan pantai.

Setakat 10 Oktober 2024, Islamic Relief Lubnan telah mengedarkan 11,737 pek makanan, 500 pek daging, 2,273 kit kebersihan, 1335 selimut dan tilam serta 17,609 alatan perubatan bagi membantu penduduk terjejas di Lubnan.