Following reports that an initial 20 trucks of aid may be allowed into Gaza in the coming days, Islamic Relief says:

It’s vital that aid gets in but 20 trucks of aid is nowhere near enough. Much more is needed and time is running out to prevent this humanitarian nightmare deepening still further.

The scale of destruction in Gaza is enormous. Hospitals have closed and those that are still running are having to choose who to operate on as they run out of supplies. People are queuing for hours just to get a bit of bread, as food runs out. Even finding water has become an almost impossible task for many, forcing parents to give their children salty, dirty water. There is devastation everywhere and around 1 million people have fled their homes and are desperate for shelter.

People urgently need more aid. There must be an agreement to lift the siege and allow a regular flow of aid and other vital civilian supplies into Gaza, or more people will die.

This aid can only be delivered safely if there is a ceasefire. As long as the bombing goes on it remains extremely difficult and dangerous to deliver aid. Many humanitarian workers have already been killed, while many more are trying to deliver aid at the same time as being displaced from their homes.

At the moment the agreement is for entry of some food, water and medical supplies, which are all critically needed. But people also need fuel, which has not been approved. Without fuel, hospitals don’t have electricity to keep life-saving machinery going and water systems can’t pump safe water. 

Keep supporting Palestine Appeal. Donate Now!

“Saya rasa kali ini kami tak dapat bertahan..”

“Saya rasa kali ni kami tak dapat bertahan..”

Dalam kekalutan menghadapi situasi yang dahsyat dan menggerunkan, Gaza terus diberi tekanan apabila dikenakan sekatan penuh termasuk diputuskan bekalan air dan elektrik. Seorang kakitangan Islamic Relief di Gaza yang dirahsiakan identitinya menceritakan mengenai pengalaman yang dilaluinya dan berkongsi kesan sekatan terhadap orang awam.

“Serangan yang berlaku sangat cepat dan menakutkan. Semasa saya menulis kisah ini, rumah saya bergegar akibat letupan bom yang kuat. Hari ini, masjid berhampiran rumah kami telah dibom dan musnah sama sekali. Anak-anak saya yang sedang bermain di ruang tamu mula menjerit dan menangis.

“Sebagai orang yang biasa hadapi pelbagai peristiwa serangan, saya berasa takut. Saya rasa kali ini kami mungkin tidak dapat bertahan.

“Kami segera mengemas pakaian dan bersedia sekiranya perlu berpindah. Disebabkan perasaan kali ini sedikit berbeza, kami membawa semua barangan penting seperti kad pengenalan diri dan sijil kelahiran anak. Kami juga sempat mengemas barang yang mempunyi nilai sentimental termasuk video perkahwinan serta sijil-sijil universiti. Saat itu, kami sedia untuk tinggalkan segala-galanya.

“Keadaan semakin meruncing dalam tempoh beberapa jam selepas pusat bandar Gaza diserang. Segalanya berubah sekelip mata. Tempat kerja, universiti dan restoran kegemaran, semua musnah gara-gara serangan udara!

“Jika ditakdirkan kami masih hidup, saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan Gaza selepas ini.”

Tiada lagi tempat selamat

“Sekatan penuh telah menjejaskan banyak perkara di Gaza. Kami tidak lagi mempunyai akses kepada sumber makanan, petrol, bekalan perubatan dan banyak lagi.

“Penduduk yang menghidap penyakit kronik seperti kanser dan masalah jantung antara yang teruk terkesan apabila mereka tidak berpeluang untuk mendapatkan rawatan dan hal ini boleh menyebabkan nyawa mereka terancam.

“Rakan-rakan saya yang pergi ke Tebing Barat kini tidak dapat kembali ke Gaza manakala ramai kakitangan ekspatriat yang bekerja di Gaza tidak dapat keluar dari sini.

“Bagi pekerja kemanusiaan seperti kami, cabaran utama adalah untuk menjaga keselamatan diri apabila tiada lagi tempat yang selamat. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat adalah sangat berbahaya. Hanya ambulans dan kereta polis saja kenderaan yang dapat dilihat di jalanan. Kadang-kadang, saya takut nak pandang luar.

“Keadaan di luar sangat merbahaya. Untuk sampai ke sesuatu lokasi, setiap langkah menjadi taruhan. Walaupun gentar, sebagai pekerja kemanusiaan, kami akan cuba sedaya upaya untuk turun ke lapangan dan membantu mereka yang memerlukan. Kami hanya boleh berharap agar kami selamat kembali kepada keluarga kami.

Terpaksa berlindung di sekolah

“Ramai yang kehilangan tempat tinggal sejak serangan dilancarkan. Beratus-ratus orang datang ke sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencari perlindungan termasuk orang dari luar Gaza.

“Rumah saya dekat dengan salah sebuah sekolah di sini dan saya dapat melihat bilik darjah dipenuhi dengan tilam dan barangan. Sekolah ini tidak dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan mempunyai ruang yang terhad. Saya bimbang peningkatan bilangan orang yang berlindung di situ boleh menyebabkan penularan penyakit.

“Di kawasan sekitar sekolah, saya melihat ramai yang cuba dapatkan barangan runcit dan air minuman tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai wang untuk membayar kerana bergantung kepada gaji harian.

“Ramai yang mencari perlindungan ketika ini. Saya sendiri terfikir untuk meninggalkan rumah saya dan pergi ke rumah ibu bapa saya. Walaupun saya yakin tiada lagi tempat yang selamat, sekurang-kurangnya saya dapat melihat ibu bapa saya dan bersama mereka.”

Bantu rakyat Palestin dan berikan sumbangan kepada kempen Rayuan Palestin sekarang!

Lebih 24 juta penduduk di Sudan memerlukan bantuan kemanusiaan

SUDAN, 27 September 2023 – Menurut data daripada plan bantuan kemanusiaan pada tahun ini, kira-kira 24.7 juta penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sejak konflik pertempuran melanda pertengahan April lalu, seramai 4.8 juta orang hilang tempat tinggal.

Situasi semasa di Sudan masih lagi tegang melibatkan lapan wilayah antaranya Darfur dan Kordofan.

Sementara itu, siri pengeboman, serangan udara, tembakan dan rompakan masih berterusan di wilayah Khartoum dengan keadaan mayat bergelimpangan di sekitar bandar.

Harga barangan asas di pasaran pula terus meningkat naik, menjadikan kadar inflasi juga bertambah tinggi.

Walaupun terdapat pelbagai halangan dan cabaran untuk menyalurkan bantuan di Sudan, setakat ini Islamic Relief sudah membantu lebih 225,000 penduduk setempat.

Antara bantuan yang diberikan ialah pek makanan, kit kebersihan, ubat-ubatan dan barangan pertanian.

Gempa bumi kuat ragut ratusan nyawa di Maghribi

Islamic Relief memperingati dan berdoa untuk rakyat Maghribi yang terkesan akibat dilanda gempa bumi yang kuat dalam tempoh beberapa tahun.

Gempa bumi bermagnitud 6.8 itu berlaku pada jam 11.11 malam, 8 September dan telah meragut lebih 2,000 nyawa. Jumlah kematian ini dijangka meningkat dari hari ke hari.

Mereka yang terkorban dilaporkan banyak daripada kawasan perkampungan di pergunungan Atlas yang menjadi pusat gempa bumi itu.

Dalam usaha untuk mencari jiran-jiran yang terperangkap di bawah runtuhan, penduduk menggunakan apa sahaja peralatan yang ada sementara menunggu bantuan tiba.

Usaha mencari dan menyelamat dikatakan agak mencabar memandangkan jarak kawasan tersebut yang jauh, berbukit dan berisiko mengalami tanah runtuh.

Laluan jalan yang musnah pula telah menghalang ambulans untuk sampai ke kawasan terlibat dengan segera.

Buat masa ini, pihak berkuasa berusaha untuk membersihkan kawasan terlibat.

Gempa bumi yang turut dirasai sehingga ke Algeria dan Portugal itu juga telah menggoncangkan Marrakech, bandar utama yang terdekat dengan pusat gempa bumi dan mengakibatkan rumah-rumah dan bangunan-bangunan lain di Tapak Warisan Dunia UNESCO runtuh.

Gempa susulan yang berlaku membuat para penduduk takut untuk mencari perlindungan dan mereka terpaksa tidur di jalanan dalam keadaan lemah dan penat.

Bantu Morocco sekarang!

Shopee, IR Malaysia agih bantuan kepada 65 keluarga asnaf

PETALING JAYA, 30 Ogos – Seramai 65 buah keluarga terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan B40 di Flat Desa Sepakat hari ini menerima agihan bantuan makanan, minuman, barangan penjagaan diri dan keperluan bayi daripada Shopee dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia).

Pegawai Bahagian Penjanaan Dana IR Malaysia, Muhammad Firdaus bin Muhammad berkata, bantuan itu disalurkan menerusi inisiatif pihak Shopee dalam kempen #ShopeeGivesBack x Bakul Rahmah Kasih Sayang yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan lalu.

Katanya, sumbangan terkumpul daripada setiap pembelian barangan keperluan harian dan penjagaan diri bernilai lebih daripada RM30 melalui kempen tersebut disalurkan kepada empat NGO termasuk IR Malaysia.

“IR Malaysia berbesar hati menerima sumbangan berbentuk barangan daripada Shopee dan inisiatif sebegini dilihat wajar diteruskan dari masa ke masa.

“Matlamat kami pada hari ini adalah untuk meringankan beban keluarga-keluarga penerima manfaat supaya mereka tidak berbelanja lebih untuk membeli barangan dapur.

“Sumbangan ini dijangka dapat digunakan dalam tempoh dua ke empat minggu bagi setiap keluarga,” katanya.

Antara barangan yang diagihkan termasuk biskut, susu, gula, teh, milo, lampin pakai buang dan lain-lain.

Turut hadir dalam majlis penyampaian bantuan tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Mohd Shukor Tahir, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Desa Sepakat, Ahmad Zulkefli Idris dan wakil penduduk Flat Desa Sepakat, Ramli Dol.

Sementara itu, salah seorang penerima manfaat yang ditemui, Zanariah Abdullah, 57 tahun berkata, ini merupakan kali pertama beliau menerima sumbangan sejak menetap di flat tersebut.

“Alhamdulillah, hari ini saya gembira sangat-sangat, bersyukur dapat rezeki. Tak kisah makanan atau wang ringgit, saya terima seadanya.

“11 tahun dah suami saya meninggal dunia. Saya membesarkan anak-anak seramai tiga orang berumur dari 10 ke 15 tahun.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Shopee dan semua yang membantu golongan yang memerlukan seperti kami,” kongsi Zanariah.

Zanariah kini memegang status Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak bekerja setelah terlibat dalam satu kemalangan suatu ketika dulu.

Ketika tinjauan dilakukan, rata-rata penerima manfaat gembira dan berharap agar bantuan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Salurkan sumbangan menerusi kempen mySedekah sekarang!

Islamic Relief Malaysia komited bantu anak yatim di lebih 25 negara

Islamic Relief Malaysia Komited Bantu Anak Yatim di Lebih 25 Negara

Islamic Relief (IR), sebuah organisasi bantuan dan pembangunan kemanusiaan antarabangsa yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, IR yang beribu pejabat di Birmingham, United Kingdom itu terus berkembang di serata dunia dan kini, IR beroperasi di lebih 45 buah negara termasuk Malaysia dan membantu lebih 10 juta orang setiap tahun melalui pelbagai sektor bantuan seperti kecemasan, kesihatan, pendidikan, makanan, air, sanitasi & kebersihan, serta pembangunan mampan.

Berlandaskan kepada kepercayaan serta nilai-nilai Islam, IR berhasrat mewujudkan dunia yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan.

Justeru, pelbagai usaha dan gerak kerja dijalankan oleh setiap cawangan IR bagi memastikan dana sentiasa terkumpul agar bantuan dapat disalurkan sepanjang masa.

Terbaharu, Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) telah memperkukuh usaha membantu anak-anak yatim dan kanak-kanak memerlukan di lebih 25 buah negara termasuk Palestin, Syria, Yaman, serta negara-negara Afrika seperti Somalia dan Sudan dengan melancarkan tabung MyYateem.

Membawa slogan #CareForOrphan, Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Mohd Shukor Tahir berkata, pihaknya ingin mengajak orang ramai untuk memuliakan anak yatim dengan mengambil tahu serta prihatin akan keadaan dan keperluan semasa anak-anak yatim ini.

“IR Malaysia menyasarkan kutipan dana sebanyak RM1 juta melalui tabung MyYateem.

“Kebanyakan anak yatim yang Islamic Relief bantu adalah kanak-kanak yang telah kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat peperangan, bencana alam, kemiskinan, masalah kesihatan dan sebagainya.

“Sebagai sebuah NGO yang membantu golongan memerlukan melalui pelbagai sektor bantuan, Islamic Relief akan memastikan setiap golongan sasar termasuk anak yatim ini mendapat bantuan sewajarnya,” katanya.

Tambah Mohd Shukor, pihaknya membawa kelainan pada kempen yang dijalankan setiap tahun itu dengan memperkenalkan dua pakej utama iaitu Kasih MyYatem dan Tajaan MyYateem.

“Menerusi Kasih MyYateem, dana yang terkumpul dengan sumbangan serendah RM10, akan disalurkan untuk membantu anak-anak yatim ini melalui bantuan pendidikan tinggi, kesihatan, makanan asas, serta bantuan saraan keluarga.

“Untuk Tajaan MyYateem pula, orang ramai yang berminat boleh menaja seorang anak yatim sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun dengan komitmen sebanyak RM350 setiap bulan. Sumbangan bulanan ni akan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian seperti makanan, pendidikan, perubatan dan perlindungan,” jelas Mohd Shukor.

Tabung MyYateem #CareForOrphan ini dilihat sebagai salah satu ruang dan peluang untuk membantu anak yatim di saat mereka sangat memerlukan sokongan.

“Islamic Relief bukan sahaja memberi bantuan bersifat jangka masa pendek, bahkan bantuan juga meliputi tempoh masa yang panjang supaya suatu hari nanti, anak-anak ini mampu bangkit dalam kehidupan mereka dan menjadi seseorang yang berjaya dan membantu pula masyarakat mereka,” tambahnya lagi.

Kejayaan projek bantuan anak yatim

Dengan sumbangan orang ramai, setakat ini, IR telah menaja lebih 85,000 orang anak yatim dan membantu lebih 200,000 anak yatim di 26 buah negara melalui pelbagai projek bantuan.

Menerusi perkongsian bersama Bibi Naz, seorang ibu tunggal di Kabul, Afghanistan, beliau menyifatkan bantuan tunai yang diterima daripada IR melalui projek penajaan anak yatim sangat membantu kehidupan mereka lima beranak.

“Dahulu, anak-anak saya terpaksa menahan lapar selama tiga ke empat hari. Jika ada sedikit wang, saya akan rebus kentang untuk mereka atau campurkan air dengan sedikit tepung untuk dijadikan seperti susu. Disebabkan kehidupan saya sangat susah, dua orang anak saya terpaksa tinggal bersama nenek mereka di kampung.

“Kini, saya sangat bersyukur. Anak-anak saya bukan sahaja dapat makan secukupnya, malah mereka juga dapat pergi ke sekolah. Saya juga dapat menghantar mereka ke kelas tambahan menggunakan wang tajaan daripada Islamic Relief dan wang yang saya simpan hasil jualan pakaian yang saya jahit.

“Terima kasih Islamic Relief. Terima kasih kepada semua yang membantu projek anak  yatim. Kerana pertolongan anda semua, saya dapat bersatu kembali dengan anak-anak saya.

“Saya selalu berdoa semoga anak-anak saya berjaya dalam pelajaran mereka, dan dapat pekerjaan yang bagus. Semoga mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada saya,” kongsi Bibi Naz.

IR Malaysia berhasrat untuk membantu lebih ramai lagi anak yatim melalui kempen MyYateem #CareForOrphan agar suatu hari nanti, mereka berjaya dalam kehidupan dan membantu pula insan lain yang memerlukan. Bantu anak yatim sekarang.