Setiap hari, jutaan manusia di seluruh dunia bergelut dengan isu kelaparan, kemiskinan dan kehilangan tempat tinggal.
Peperangan telah maragut ribuan nyawa, menghancurkan harapan dan memadam impian manakala bencana alam pula memisahkan ahli keluarga, meranapkan tempat berteduh, dan mengakibatkan kemusnahan harta benda.
Di sebalik tragedi itu, ada wajah-wajah yang sedang bergelut dan berjuang meneruskan kehidupan. Ada anak kecil yang tidur dalam kelaparan, ada ayah yang mempertaruhkan nyawa demi secebis makanan, dan ada ibu yang terpaksa memendam emosi dan berlagak kuat demi keluarga.
Ketika mereka amat memerlukan…di mana kita?
Salurkan Sumbangan Anda Melalui mySedekah
MySedekah merupakan salah satu projek penjanaan dana terbesar yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia bertujuan untuk mengagihkan bantuan kecemasan dan Pembangunan di dalam dan luar negara.
Sektor Bantuan MySedekah
KECEMASAN
KEHIDUPAN MAMPAN
PENDIDIKAN
KESIHATAN
MAKANAN & NUTRISI
Antara Projek yang Dilaksanakan Hasil Sumbangan MySedekah Anda:
Bagaimana Penerima Manfaat Dipilih?
Para penerima dikenalpasti dan dipilih melalui proses:
MySedekah dilaksanakan berpandukan prinsip nilai-nilai Islam yang dipegang oleh Islamic Relief serta mematuhi syariah dan melalui proses audit yang ketat oleh juruaudit dalaman dan professional.
MySedekah disalurkan kepada penerima yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit.
Dengan dana ini, Islamic Relief Malaysia mampu melaksanakan pelbagai program bantuan termasuk:
✅ Menyalurkan bantuan kecemasan semasa bencana
✅ Membantu komuniti bangkit dan membina semula kehidupan
✅ Membawa pendidikan kepada anak-anak yang terpinggir
✅ Menyediakan penjagaan kesihatan kepada mereka yang terabai
✅ Memberi makanan kepada keluarga yang kelaparan
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim)

