Selain bantuan di luar negara, Islamic Relief Malaysia turut menyantuni golongan rentan di negara sendiri menerusi projek ‘Gift of Hope’ (GOH).
“Suami saya tidak dapat bekerja atas faktor kesihatan. Dia menghidap batuk kering dan sakit paru-paru di tahap 4. Jadi, saya terpaksa mengambil alih tugas menyara keluarga dengan menjual kuih-muih.
“Saya sangat berterima kasih kepada Islamic Relief Malaysia atas bantuan pek makanan, modal perniagaan dan kelengkapan sekolah untuk anak saya.
“Mesin dan alatan yang saya dapat juga sangat membantu memudahkan proses pembuatan kuih muih dan saya dapat menghasilkan kuih dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding dahulu. “Alhamdulillah, kini pendapatan saya sudah meningkat dan semakin baik,” kata Mastura Hamezah.