Sektor Kesihatan

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
MySedekah

Sektor Kesihatan

Islamic Relief telah membantu penduduk Syria sejak tahun 2011.

Selain memfokuskan bantuan di dalam Syria, Islamic Relief turut aktif membantu pelarian Syria yang berada di negara jiran seperti di Turkiye dan Jordan.

Secara keseluruhan, pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan antaranya bantuan makanan, kesihatan, rawatan perubatan, air, sanitasi dan kebersihan, perlindungan, pendidikan, penajaan anak yatim dan sokongan bantuan kepada individu juga komuniti bagi menjana pendapatan.

Menerusi bantuan khusus daripada Islamic Relief Malaysia pula, lebih 5,300 penduduk Syria telah mendapat manfaat bagi pembiayaan rawatan di pusat dialisis di Aleppo dan Idlib Syria. Semua ini adalah hasil sokongan dan sumbangan rakyat Malaysia.

Alhamdulillah. Setiap wang ringgit yang dikongsi telah meringankan beban dan menyelamatkan nyawa mereka.

Firman Allah SWT:
“Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”

(Surah Al-Muzzammil: 20)
Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email