Gempa Bumi 7.2 Magnitud Gegar Haiti

HAITI, 17 Ogos 2021 – Sekurang-kurangnya 1,419 orang maut manakala 6,000 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi berskala 7.2 magnitud di Haiti Sabtu lalu.

Insiden itu telah memusnahkan kediaman penduduk dan banyak bangunan termasuk hotel dan gereja.

Kejadian ini nyata menambah tekanan berganda buat Haiti dan penduduk setempat yang terlibat bencana gempa kerana mereka sememangnya sudah tertekan dengan masalah kekurangan makanan, penularan COVID-19, ketidakstabilan politik dan dijangkakan ribut tropika bakal melanda dalam masa terdekat.

Laluan masuk di beberapa kawasan masih lagi sukar ekoran runtuhan jambatan dan ancaman pengganas.

Antara keperluan mendesak yang telah dikenalpasti ialah bantuan perubatan, makanan, minuman, sanitasi dan kebersihan.

Islamic Relief kini sedang mengumpul maklumat terkini dan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.