Charity Week 2025

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Projek Sukarelawan: Bantuan Anak Yatim & Kanak-Kanak Memerlukan

CHARITY WEEK 2025

CHARITY WEEK

Charity Week ialah kempen global yang dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan dengan visi untuk menyatukan Ummah. Pada tahun ni Charity Week akan berlangsung pada 20 – 26 Okt 2025.

Kempen ini bermula pada tahun 2003 di sebuah universiti di London, United Kingdom. Kini, ia telah berkembang menjadi satu gerakan antarabangsa yang menyatukan sembilan negara setiap tahun bagi menginspirasi perubahan dan membawa kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

APA YANG KAMI LAKSANAKAN?

Charity Week berteraskan perpaduan, kasih sayang dan tindakan.

Selama satu minggu pada setiap bulan Oktober, Charity Week menghimpunkan pelbagai institusi (sekolah, universiti dan tempat kerja) dengan satu visi bersama iaitu menyatukan Ummah.

Bersama-sama, kami mengumpul dana bagi menyokong projek-projek yang membantu anak yatim dan kanak-kanak yang memerlukan, merangkumi bidang pendidikan, kesihatan, perlindungan, dan kebajikan.

Para sukarelawan turut melaksanakan pelbagai aktiviti menarik untuk mengumpul dana, serta menunjukkan kepada dunia kehebatan Ummah apabila bersatu hati.

IMPAK

Sejak tahun 2003, Charity Week secara kolektif telah berjaya mengumpul lebih daripada USD 20 juta (RM120 juta++).

Misi kami untuk mengumpul dana bagi anak yatim dan kanak-kanak yang memerlukan sebagai satu Ummah telah memberi kesan yang besar di seluruh dunia dengan menjalankan lebih daripada 160 projek di lebih 40 buah negara.

Melalui pelaksanaan projek-projek tersebut, lebih 650,000 penerima utama telah menerima manfaat secara langsung, di samping ratusan ribu penerima sekunder yang turut mendapat kesan positif daripada usaha ini.

TEMA

Tema Charity Week berubah setiap tahun bagi menyampaikan mesej perpaduan yang lebih luas dan bermakna.

Tema bagi tahun ini ialah Servant Leadership, yang menekankan tiga nilai utama:

Followership: Menjadi pengikut yang terbaik terlebih dahulu.

Integriti: Kekal jujur terhadap niat dan tujuan.

Perfected Character: Menyucikan hati dan memperbaiki akhlak bagi membolehkan kita berkorban demi orang lain, ke arah mencapai perpaduan dalam Ummah.

CARA UNTUK MENYERTAI

MENGAPA IA PENTING

Kerana setiap kebaikan membawa makna.

Kerana setiap anak berhak mendapat peluang dan harapan.

Dan kerana apabila rakyat Malaysia bersatu, kita mampu mengubah dunia.

Melalui semangat perpaduan dan sukarelawan, kita dapat membawa senyuman, sokongan, dan kekuatan kepada anak-anak yang paling memerlukan di Malaysia dan di seluruh dunia.

Mereka bertanyakan kepadamu (Muhammad) tentang anak-anak yatim. Katakanlah, “Memperbaiki keadaan mereka adalah baik!” Dan jika kamu mempergauli mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu.

[Al-Baqarah: 220]

Ayuh Bersama Hulurkan Sumbangan Buat Kanak-Kanak Yang Memerlukan

Kami ingin mengajak anda untuk bersama-sama membantu membiayai projek ini yang telah menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM50,000 untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email