
BANGI, 22 Mei – Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) bakal menganjurkan Karnival Kenangan pada Sabtu ini, 24 Mei 2025 bertempat di Charity Shoppe IR Malaysia, Bandar Baru Bangi.
Karnival yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik itu merupakan satu inisiatif untuk menghargai segala sokongan yang diberikan oleh para pengunjung dan pelanggan tetap Charity Shoppe di samping menggalakkan budaya membeli barangan terpakai demi kebajikan dan kelestarian.
Antara tarikan utama karnival ini termasuk:
- 20 hadiah percuma untuk pelanggan terawal.
- 10 cabutan bertuah untuk semua pelanggan.
- 5 hadiah Grand Prize bagi pembelian RM50 ke atas.
- Jualan barangan preloved: Hanya RM10 untuk satu plastik.
- Sarapan percuma untuk semua pengunjung.
- Aktiviti kanak-kanak: Pelbagai hadiah menarik disediakan.
Selain itu, Karnival Kenangan turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa Chef selebriti, Chef Imelda Harris, serta persembahan daripada kumpulan nasyid tersohor, Saujana, yang pastinya akan menceriakan suasana dan menghiburkan para pengunjung.
Charity Shoppe merupakan inisiatif jualan amal IR Malaysia sejak 2012 yang menjual barangan terpakai yang disumbangkan orang ramai. Hasil jualan digunakan sepenuhnya untuk menyokong projek-projek kemanusiaan yang dijalankan oleh IR Malaysia di dalam dan luar negara.
Orang ramai dijemput hadir bersama ahli keluarga bagi memeriahkan carnival ini. Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua.