Ketegangan di Lubnan Masih Berlarutan
LUBNAN, 23 Ogos 2021 – Gerakan tunjuk perasaan dan sekatan jalan masih lagi berlarutan di Lubnan ekoran isu kekurangan sumber minyak dan bekalan elektrik yang berpunca daripada kejatuhan mata wang dan krisis ekonomi. Susulan itu, banyak pertelingkahan berlaku di stesen minyak seluruh Lubnan. Di Kafaat, Hadath, tentera Lubnan terpaksa campur tangan bagi menghentikan serangan tembakan [...]
Baca sambungan »
Angka Cedera Gempa Bumi Haiti Menghampiri 10,000
HAITI, 23 Ogos 2021 – Hampir 10,000 orang cedera manakala masih ramai lagi dilaporkan hilang dalam insiden gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang menggegarkan Haiti Sabtu lalu. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dianggarkan 500,000 kanak-kanak kini berdepan kekangan akses kepada makanan, air bersih dan tempat perlindungan. Kerja-kerja menyelamatkan penduduk terjejas sedang tergendala berikutan masalah hujan [...]
Baca sambungan »
Penduduk Afghanistan Perlu Bantuan Kemanusiaan Segera
AFGHANISTAN, 16 Ogos 2021 – Seramai 31,535 pelarian dalam negara (IDPs) di barat Afghanistan dan 8,470 penduduk di utara negara itu memerlukan bantuan kemanusiaan. Konflik yang melanda negara itu telah mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa melarikan diri. Setakat Julai hingga pertengahan Ogos, seramai 10,350 IDPs tiba di Kabul untuk mendapatkan perlindungan manakala 28,000 penduduk Kunar hilang [...]
Baca sambungan »
Insiden Kebakaran Hutan Di Albania Ragut Satu Nyawa
ALBANIA, 6 Ogos 2021 – Sekurang-kurang seorang terkorban dalam insiden kebakaran hutan yang telah merebak dari kawasan utara hingga selatan Albania. Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Agensi Kecemasan Sivil negara itu, kebakaran yang berlaku melibatkan kawasan hutan dan padang ragut di 13 daerah di mana sembilan daripada lokasi tersebut masih dalam keadaan aktif. Pihak berkuasa [...]
Baca sambungan »
28.5 Juta Penduduk Ethiopia Perlu Bantuan Kemanusiaan
Ethiopia, 6 Ogos 2021 – Seramai 28.5 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di Ethiopia manakala di wilayah Tigray sahaja angka penduduk terjejas telah meningkat daripada 4.5 juta kepada 5.2 juta orang. Hal ini berikutan konflik berpanjangan di wilayah Tigray, Wollega dan Benishagul selain isu serangan haiwan perosak, bencana alam seperti banjir dan kemarau serta kesan [...]
Baca sambungan »
Risiko Kebuluran Ancam Penduduk Nigeria
NIGERIA, 3 Ogos 2021 - Seramai 4.4 juta penduduk di timur laut Nigeria melibatkan wilayah Borno, Adamawa dan Yobo sedang berdepan ancaman kebuluran akibat kekurangan bekalan makanan. Kira-kira 800,000 orang kini berada dalam krisis atau kecemasan kebuluran tahap empat manakala 12.2 juta lagi penduduk di seluruh Nigeria tergolong dalam tahap ketiga. Seramai 300,000 kanak-kanak dilaporkan [...]
Baca sambungan »