“Kami sekeluarga pernah tak makan selama tiga hari hingga anak-anak menangis kelaparan.”
Islamic Relief Malaysia mengedarkan 100 unit baucar tunai bernilai RM200 kepada komuniti pelarian dari Myanmar di Pangsapuri Sri Nilam, Ampang, Selangor sempena menyambut bulan Ramadan. Inisiatif ini merupakan salah satu bentuk bantuan yang diwujudkan menerusi projek Rezeki Ramadan dengan slogan #gandakanpahala. Pengurus Bahagian Program Islamic Relief Malaysia, Fa’azurah Kadir berkata objektif program bermusim yang dijalankan [...]
Baca sambungan »
Islamic Relief Malaysia Rai Pelajar Pelbagai Latar Belakang
Seramai 60 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 43 orang pelajar aliran perdana daripada keluarga B40 dan ke bawah di Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 2 (Integrasi), Kajang, Selangor menerima bantuan daripada Islamic Relief Malaysia menerusi projek ‘Cheer to School’. Bantuan yang diberikan berupa alat tulis, pensil warna, set geometri, botol air dan stokin. Sumbangan [...]
Baca sambungan »
Ramadan kali ini, beri kegembiraan berganda buat Dr Soo Wincci
Seperti yang diketahui umum, Dr Soo Wincci pasti tidak akan terlepas untuk turut serta berpuasa setiap kali tiba bulan Ramadan sejak 12 tahun yang lalu. Kali ini, kehadiran Ramadan memberi kegembiraan berganda buat Dr Soo Wincci kerana selain dapat menjalani puasa di Malaysia, dia juga dapat turut serta melakukan kerja kebajikan yang biasa dilakukannya sejak [...]
Baca sambungan »
“Pusat pembedahan jantung Islamic Relief di Syria menyelamatkan nyawa saya…”
Krisis di Syria kini memasuki tahun ke 11. Dalam tempoh lebih sedekad ini, banyak pusat kesihatan di negara itu telah musnah. Namun, dengan sokongan anda semua, Islamic Relief berjaya memastikan mereka yang memerlukan di Syria mendapat akses kepada rawatan perubatan bagi menyelamatkan nyawa dan mengubah hidup mereka. Antara individu yang telah mendapat manfaat daripada bantuan [...]
Baca sambungan »
Pusat Aktiviti Wanita Kelolaan Islamic Relief Iraq Aktif Tangani Isu Keganasan Terhadap Wanita
Beberapa Pusat Aktiviti Wanita yang dikendalikan oleh Islamic Relief di Iraq aktif menangani isu keganasan seksual dan keganasan berasaskan gender (GBV) melalui pelbagai siri aktiviti. Pusat aktiviti ini menjadi komponen utama dalam membantu mereka yang terselamat daripada isu keganasan dengan menawarkan ruang serta bantuan perlindungan yang sangat diperlukan oleh golongan wanita dan kanak-kanak perempuan. Antara [...]
Baca sambungan »
Rujina Akhter: Inspirasi Kejayaan Wanita OKU di Bangladesh
Sambutan Hari Wanita Sedunia diraikan pada setiap 8 Mac bagi menghargai dan meraikan kejayaan wanita di seluruh dunia. Islamic Relief tidak terkecuali meraikan hari istimewa ini memandangkan para penerima manfaat yang dibantu juga terdiri daripada kalangan wanita, ibu dan kanak-kanak perempuan yang hebat dan cekal dalam mendepani setiap cabaran kehidupan. Tahun ini, Islamic Relief ingin [...]
Baca sambungan »