Indonesia masih menghadapi cabaran terhadap kekurangan zat makanan kanak-kanak. Sekitar 27.5% atau 6.5 juta kanak-kanak di bawah lima tahun tinggal di bawah pendarahan (Kementerian Kesihatan di Jawapos.com, Julai 2017). Sesetengah kanak-kanak yang menderita menderita penyakit malnutrisi yang teruk dengan jangkitan penyakit, sementara sesetengah yang lain mengalami kekurangan zat dan gizi. Baru-baru ini, sehingga 19 Januari 2018, terdapat 68 kanak-kanak yang mati akibat kekurangan gizi yang teruk dengan penyakit campak di Asmat, Papua.

“Kalau kamu semua tak datang tolong cuci rumah ini, tak tahulah apa jadi…”

IRM mengakui potensi menyediakan bantuan makanan kepada pelajar miskin di bandar yang mungkin telah mengalami keretakan, terutama mereka yang tinggal di projek perumahan kos rendah melalui Program Makan Sekolah 2019. Inisiatif ini akan menyediakan makanan semasa waktu persekolahan untuk sekurang-kurangnya 135 pelajar yang mempunyai telah dipilih berdasarkan latar belakang keluarga mereka.

Puan Siti Zaimah Mat Dom, atau lebih mesra dengan panggilan Mak Ude ini merupakan seorang ibu tunggal. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang telah berumah tangga dan kini tinggal di Shah Alam bersama suami dan anak-anaknya.

“Kawasan rumah anak Mak Ude di Shah Alam pun terkena banjir. Mujur dia tinggal di kondominium, jadi rumahnya terselamat, tetapi keretanya tenggelam.

“Hari Ahad, anak Mak Ude telefon bertanyakan keadaan Mak Ude dan rumah di kampung. Waktu itu kawasan ini belum banjir. Walaupun air dalam parit depan rumah ini sudah mulai naik, tetapi belum melimpah keluar. Jadi, anak Mak Ude pun balik ke sini pada hari tersebut.

“Keesokan paginya, Mak Ude bangun dari tidur dan nampak air dalam parit sudah semakin tinggi. Mak Ude cakap dengan anak, Mak Ude bukan nak suruh dia balik, tetapi air dalam parit nampaknya semakin tinggi. Mak Ude risau kampung ini pula akan banjir.

Menurutnya, insiden ban pecah menjadi antara punca keadaan banjir bertambah teruk. Tiada apa yang dapat diselamatkan. Barangan dan alatan perniagaannya di warung yang terletak bersebelahan rumahnya turut musnah.

“Kebiasaan sebelum ini, ketika banjir melanda, paras air meningkat secara perlahan. Jadi, kami ada masa untuk mengemas dan menyelamatkan barang-barang, tetapi kali ini berbeza. Kami pergi ke PPS dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja.

“Pada 31 haribulan yang lalu, air sudah mula naik. Kami sudah merasakan bahawa kemungkinan banjir akan berlaku, maka kami sudah bersiap-sedia mengemas barang-barang di rumah dan meletakkannya di tempat tinggi. Namun, kami tidak menyangka rupanya air naik lebih tinggi hingga paras atap rumah. Rasanya, kalau ban tidak pecah, paras air tidak akan naik setinggi itu.

“Kemudian, kawan anak Mak Ude ada telefon dan bagitahu jika ingin pulang ke Shah Alam, kena cepat, risau air naik tinggi. Setelah itu, jam 2 petang dia pulang semula ke Shah Alam. Alhamdulillah, jam 4 petang dia selamat sampai ke rumahnya.

“Ahad petang, Mak Ude masih duduk di dalam rumah. Ada jiran datang ke rumah dan menyuruh Mak Ude berpindah ke PPS, tetapi Mak Ude tak mahu sebab air parit masih belum penuh dan Mak Ude rasa keadaan masih selamat.

“Hari Isnin, jiran datang lagi memujuk Mak Ude untuk berpindah ke PPS. Akhirnya, jam 5 petang baru Mak Ude pergi ke PPS kerana risau akan lemas seorang diri di rumah. Jam 6 petang, Mak Ude tengok, PPS mulai penuh.

“Nasib baik Mak Ude pergi juga ke PPS. Kalau tidak, mesti Mak Ude lemas sebab air banjir masuk dalam rumah hingga paras dada,” kata Mak Ude.

Sewaktu kakitangan dan sukarelawan Islamic Relief Malaysia datang ke rumah Mak Ude untuk menjalankan aktiviti pembersihan, Mak Ude memeluk kakitangan Islamic Relief Malaysia. Air matanya tidak dapat lagi ditahan. Kami cuba menenangkan Mak Ude, namun sebak di dadanya masih berbekas, meski sudah lebih seminggu kejadian bah ini berlalu.

“Terima kasihlah datang bantu Mak Ude di sini. Kalau kamu semua tak datang, tak tahulah macam mana. Mungkin 2 bulan lagi baru Mak Ude siap cuci dan bersihkan semuanya. Terima kasih banyak-banyak. Nanti ada masa, datanglah jenguk Mak Ude di sini. Minta maaf hari ini Mak Ude tak sempat nak buat air. Nanti datang sini lagi, Mak Ude jamu air ya. Jangan lupakan Mak Ude,” pesan Mak Ude saat kami mahu pulang.

Alhamdulillah, selain melakukan kerja-kerja pembersihan, Mak Ude juga menerima sumbangan al-Quran, telekung, sejadah, dan baju hasil sumbangan para penyumbang individu dan juga pemilik butik CalaQisya. Wajah Mak Ude benar-benar gembira apabila melihat rumahnya sudah mulai bersih meskipun tidak sama seperti dahulu.

Doa kami semoga Mak Ude terus dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga dapat bertemu lagi, Insya-Allah.