Siklon Tropika Amphan Diramal Landa Bangladesh
BANGLADESH, 19 Mei 2020 – Siklon tropika Amphan diramal akan bergerak ke kawasan utara dan kemudian merentasi Bangladesh. Kira-kira 13 kawasan dikatakan sangat terdedah kepada bencana siklon yang boleh mengakibatkan kemusnahan teruk seperti menjejaskan bangunan sekolah, jalan raya, bekalan elektrik, telekomunikasi, tanaman dan banyak lagi. Taufan besar ini berkelajuan angin maksimum kira-kira 225 hingga 245 [...]
Baca sambungan »
Lebih 200 orang terkorban di Afrika Timur ekoran hujan lebat

AFRIKA, 18 Mei 2020 – Lebih daripada 200 orang terkorban manakala ratusan ribu yang lain terjejas ekoran hujan lebat yang telah mengakibatkan banjir di Kenya dan Somalia. Antara kawasan yang teruk terjejas adalah lapangan kerja Islamic Relief Kenya di Mandera County, Garissa dan Tana River County, Hirshabelle, Jubaland, Southwest, dan Puntland. Banjir tersebut telah mengakibatkan […]

Baca sambungan »
Banjir di Yemen Ragut Tujuh Nyawa
Yemen, 22 April 2020 – Tujuh maut manakala 85 lagi cedera ekoran hujan lebat dan banjir di Marib, Yemen. Antara kawasan lain yang turut dinaiki air ialah Sana’a, Ibb dan Hajjah di utara Yemen. Jabatan Meteorologi meramalkan utara Yemen bakal berdepan hujan lebat, disusuli angin kuat serta kilat yang boleh mengakibatkan banjir terus berlarutan. Bencana [...]
Baca sambungan »
Islamic Relief Malaysia Terus Salur Bantuan Meski Gerak Kerja Terbatas
BANGI, 7 April 2020 - Dalam melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, Islamic Relief Malaysia terus pro aktif menyalurkan bantuan kepada golongan terjejas meski proses gerak kerja di lapangan terbatas. Para petugas menganggap kekangan yang dilalui sebagai satu cabaran dan pengalaman baru selain dilihat dapat melatih diri menjadi lebih kreatif [...]
Baca sambungan »
Penduduk Syria Perlu Bantuan Kecemasan Segera
IDLIB, 13 Mac 2020 – Meski pengumuman gencatan senjata telah diumumkan pada 6 mac lalu, namun penduduk Syria masih memerlukan bantuan kecemasan segera merangkumi makanan, perlindungan, air sanitasi dan kebersihan. Terkini, angka pelarian yang berpindah ke Utara Barat Syria sudah mencecah 961 ribu orang bersamaan 186,658 buah keluarga. Lapan puluh satu peratus daripada jumlah itu [...]
Baca sambungan »
Wanita dan Perjuangan
Menyedari akan kepentingan wanita yang berperanan sebagai tonggak harapan aspirasi negara, Islamic Relief Malaysia telah mengambil inisiatif untuk turut meraikan kaum hawa sempena Hari Wanita pada 8 Mac yang disambut di peringkat antarabangsa sebagai simbolik penghargaan kepada wanita yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat dan negara. Menerusi ruang bicara santai yang diadakan di [...]
Baca sambungan »