Islamic Relief terus proaktif salur bantuan di Afghanistan
AFGHANISTAN, 15 April 2022 – Dianggarkan 97 peratus penduduk Afghanistan bakal dihimpit kemiskinan yang lebih teruk menjelang penghujung Jun ini, manakala menurut laporan Program Makanan Sedunia (WFP), 95 peratus penduduk di negara itu terpaksa berdepan ancaman kelaparan yang buruk ekoran kekurangan bekalan makanan. Justeru, Islamic Relief terus proaktif membantu penduduk Afghanistan dengan kerjasama badan bukan [...]
Baca sambungan »
Ribuan penduduk Somaliland hilang harta benda dan mata pencarian
SOMALILAND, 14 April 2022 – Lebih 28 orang dilaporkan cedera manakala ratusan kedai di pasar utama di ibu negara Somaliland musnah dalam insiden kebakaran besar pada 1 April lalu. Kebakaran itu dikatakan bermula di pasar Waheen di Hargeisa pada Jumaat malam dan berterusan hingga keesokan harinya berikutan kekangan yang dihadapi pasukan bomba untuk mengakses jalan [...]
Baca sambungan »
Maybank Islamic Sumbang Baucar Wang Tunai Kepada Penduduk Terjejas Banjir di Segamat
SEGAMAT, 21 Mac 2022 - Seramai 126 orang penduduk Kampung Spang Loi dan Kampung Padang Kiambang yang terjejas banjir akibat ban Sungai Muar di Kampung Spang Loi pecah penghujung tahun lalu, telah menerima bantuan baucar wang tunai tajaan Maybank Islamic di surau Kg. Jawa, Buloh Kasap, Segamat, Johor. Sumbangan yang diberikan itu bertujuan untuk meringankan [...]
Baca sambungan »
“Pusat pembedahan jantung Islamic Relief di Syria menyelamatkan nyawa saya…”
Krisis di Syria kini memasuki tahun ke 11. Dalam tempoh lebih sedekad ini, banyak pusat kesihatan di negara itu telah musnah. Namun, dengan sokongan anda semua, Islamic Relief berjaya memastikan mereka yang memerlukan di Syria mendapat akses kepada rawatan perubatan bagi menyelamatkan nyawa dan mengubah hidup mereka. Antara individu yang telah mendapat manfaat daripada bantuan [...]
Baca sambungan »
Pusat Aktiviti Wanita Kelolaan Islamic Relief Iraq Aktif Tangani Isu Keganasan Terhadap Wanita
Beberapa Pusat Aktiviti Wanita yang dikendalikan oleh Islamic Relief di Iraq aktif menangani isu keganasan seksual dan keganasan berasaskan gender (GBV) melalui pelbagai siri aktiviti. Pusat aktiviti ini menjadi komponen utama dalam membantu mereka yang terselamat daripada isu keganasan dengan menawarkan ruang serta bantuan perlindungan yang sangat diperlukan oleh golongan wanita dan kanak-kanak perempuan. Antara [...]
Baca sambungan »
Rujina Akhter: Inspirasi Kejayaan Wanita OKU di Bangladesh
Sambutan Hari Wanita Sedunia diraikan pada setiap 8 Mac bagi menghargai dan meraikan kejayaan wanita di seluruh dunia. Islamic Relief tidak terkecuali meraikan hari istimewa ini memandangkan para penerima manfaat yang dibantu juga terdiri daripada kalangan wanita, ibu dan kanak-kanak perempuan yang hebat dan cekal dalam mendepani setiap cabaran kehidupan. Tahun ini, Islamic Relief ingin [...]
Baca sambungan »