SK Logongon, Sekolah Pedalaman yang Memerlukan Sokongan Pendidikan
SK Logongon yang terletak di daerak kecil Pagalungan, Nabawan, Sabah merupakan sebuah sekolah pedalaman yang berhampiran dengan sempadan Kalimantan, Indonesia. Lokasinya yang jauh dari pusat bandar menjadikan akses kepada kemudahan asas dan bahan pendidikan sangat terhad.
Untuk ke sekolah ini dari Kota Kinabalu sahaja mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan darat ke daerah Nabawan melalui kawasan berbukit, diikuti perjalanan tambahan sekitar 2 jam ke daerah kecil Pagalungan. Sebelum tahun 2026, perjalanan masih perlu diteruskan dengan bot melalui jalan sungai yang mengambil masa 40 hingga 50 minit bergantung kepada arus air.
Walaupun kini sudah ada akses jalan raya ke Pagalungan, sebahagian komuniti masih bergantung kepada sungai sebagai laluan utama.
Bantuan Pendidikan oleh Islamic Relief Malaysia
Pada 19 Jun 2026, Islamic Relief Malaysia telah menyalurkan bantuan pendidikan ke SK Logongon yang merangkumi:
- 1 unit Smart TV untuk kegunaan PdP
- 1 unit printer untuk kegunaan guru
- Set kelengkapan sekolah untuk 28 pelajar terpilih
- Beg sekolah
- Buku latihan
- Alat tulis
Bantuan ini merupakan hasil dana yang dikumpulkan melalui Program Charity Week Islamic Relief Malaysia, yang melibatkan sokongan para penyumbang di seluruh negara.
Selain itu, Islamic Relief Malaysia turut menggunakan bot bantuan baharu yang disumbangkan untuk menghantar barangan ke kawasan pedalaman tersebut.
Mengapa Bantuan Ini Sangat Penting?
Kakitangan Islamic Relief Malaysia, Fathi Ridhwan Saidin berkata, sekolah ini memerlukan sokongan berterusan kerana kedudukannya yang jauh di pedalaman serta cabaran logistik yang tinggi.
“Disebabkan kedudukan kampung ini yang jauh di pedalaman, penduduk di kawasan ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan dan bekalan makanan asas. Mereka perlu mengeluarkan kos yang tinggi semata-mata untuk pergi ke pekan dan mendapatkan bekalan. Oleh sebab itu, kami memilih kawasan ini sebagai lokasi bantuan untuk meringankan beban penduduk kampung di sini.”
Bantuan ini juga penting untuk menyokong dasar pendidikan negara yang menggalakkan penggunaan teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Dengan adanya Smart TV tambahan, ia membantu memperkukuh proses pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah yang berada dalam kawasan yang sama.
Cabaran Akses dan Kehidupan Komuniti Pedalaman
Sebelum ini, perjalanan ke SK Logongon bukan sahaja jauh tetapi juga mencabar. Penduduk perlu melalui:
- Perjalanan darat berbukit dari Kota Kinabalu ke Nabawan
- Perjalanan tambahan ke kawasan Pagalungan
- Penggunaan bot meredah sungai yang bergantung kepada arus air
- Kadangkala keadaan sungai cetek yang memerlukan bot diangkat secara manual melepasi kawasan berbatu
Walaupun infrastruktur jalan raya telah bertambah baik pada tahun 2026, sungai masih menjadi pengangkutan utama bagi sebahagian komuniti.
Sumbangan Bot: Impak Jangka Panjang kepada Komuniti
Selain bantuan pendidikan, Islamic Relief Malaysia juga sebelum ini telah menyerahkan sebuah bot kepada komuniti setempat. Bot ini kini digunakan untuk pelbagai tujuan penting seperti:
- Bot pengangkutan sekolah
- Bot jenazah
- Pengangkutan untuk solat Jumaat
Bersama bot tersebut, turut disertakan:
- 50 unit jaket keselamatan
- Tali tambat
- Kain kanvas
Bot ini memberi impak besar kepada mobiliti dan keselamatan komuniti di kawasan pedalaman.
Bantuan Terdahulu di SK Logongon
Islamic Relief Malaysia sebelum ini juga telah melaksanakan beberapa intervensi di kawasan ini, termasuk:
- Program Cheer to School – bantuan kelengkapan sekolah
- Agihan pek makanan Ramadan
- Program komuniti Ziarah Pagalungan – pelbagai aktiviti dilaksanakan dan sumbangan diagihkan
Usaha berterusan ini menunjukkan komitmen jangka panjang Islamic Relief Malaysia dalam memperkasa komuniti pedalaman.
Komitmen Berterusan Islamic Relief Malaysia
Islamic Relief Malaysia akan terus memperluaskan bantuan pendidikan ke sekolah-sekolah pedalaman di Sabah dan kawasan lain yang berdepan cabaran akses pendidikan.
Fokus utama adalah memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang lebih baik, selaras dengan usaha mengurangkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
Sokong Usaha Ini
Setiap sumbangan anda membantu membuka lebih banyak peluang pendidikan untuk kanak-kanak di kawasan pedalaman seperti SK Logongon. Sumbang sekarang melalui kempen MySedekah Islamic Relief Malaysia

