Rayuan Kecemasan Antarabangsa

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Selamatkan Nyawa Mereka!

RAYUAN KECEMASAN ANTARABANGSA

Jadilah Harapan Mereka, Saat Paling Diperlukan

Setiap tahun, jutaan nyawa terjejas akibat bencana; banjir, gempa bumi, kebakaran, konflik dan kemarau yang berlaku tanpa diduga. Dalam sekelip mata, keluarga kehilangan tempat tinggal, sumber pendapatan, malah akses kepada makanan dan air bersih.

Rayuan Kecemasan Antarabangsa diwujudkan sebagai dana tindak balas pantas sepanjang tahun, bagi memastikan bantuan dapat disalurkan segera sebaik sahaja krisis berlaku.

Melalui kempen ini, kami menyasarkan kutipan sebanyak RM1,050,000 untuk menyediakan bantuan kecemasan seperti makanan, air bersih, perlindungan sementara dan rawatan perubatan kepada komuniti yang terjejas di seluruh dunia.

Dengan rangkaian global dan pasukan di lapangan, Islamic Relief komited untuk bertindak cepat, berkesan dan berterusan bagi membantu mereka yang berada dalam saat paling sukar untuk bangkit semula.

Mengapa Sokongan Anda Penting

Di Syria, ramai keluarga masih berdepan kesan konflik berpanjangan, dengan sebahagian besar masih kehilangan tempat tinggal dan memerlukan keperluan asas.

Di Yemen, krisis kemanusiaan yang berlarutan menyebabkan jutaan penduduk berdepan kekurangan makanan dan akses kepada air bersih.

Komuniti di Sudan pula terkesan dengan konflik yang berterusan, manakala di Lebanon, ketidaktentuan ekonomi telah meningkatkan kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat.

Di rantau Asia Tenggara, bencana seperti taufan dan banjir sering melanda Filipina, menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan.

Sementara itu, di Somalia, kemarau berpanjangan telah mencetuskan krisis makanan yang serius, menjejaskan jutaan penduduk yang terdedah.

Bagaimana Islamic Relief Bertindak

Dengan sokongan anda, Islamic Relief menyalurkan bantuan kecemasan seperti:

  • Bantuan makanan untuk keluarga yang terjejas
  • Bekalan air bersih bagi mencegah penyakit
  • Perlindungan sementara untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal
  • Rawatan perubatan kepada yang memerlukan

Islamic Relief sentiasa bersedia di lapangan untuk bertindak pantas dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.

Jadilah Sebahagian Daripada Harapan Mereka

Bencana berlaku tanpa diduga dan kita juga tidak seharusnya menunggu. Sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa, mengembalikan harapan, dan memberi sinar baharu kepada mereka yang diuji.

Sokong Rayuan Kecemasan Antarabangsa hari ini.

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email