MySedekah 2026

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kemanusiaan Tanpa Sempadan

mysedekah

Setiap hari, jutaan manusia di seluruh dunia bergelut dengan isu kelaparan, kemiskinan dan kehilangan tempat tinggal.

Peperangan telah maragut ribuan nyawa, menghancurkan harapan dan memadam impian manakala bencana alam pula memisahkan ahli keluarga, meranapkan tempat berteduh, dan mengakibatkan kemusnahan harta benda.

Di sebalik tragedi itu, ada wajah-wajah yang sedang bergelut dan berjuang meneruskan kehidupan. Ada anak kecil yang tidur dalam kelaparan, ada ayah yang mempertaruhkan nyawa demi secebis makanan, dan ada ibu yang terpaksa memendam emosi dan berlagak kuat demi keluarga.

Ketika mereka amat memerlukan…di mana kita?

Salurkan Sumbangan Anda Melalui mySedekah

MySedekah merupakan salah satu projek penjanaan dana terbesar yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia bertujuan untuk mengagihkan bantuan kecemasan dan Pembangunan di dalam dan luar negara.

Ke Mana Dana MySedekah Disalurkan?

MySedekah memberi keanjalan kepada Islamic Relief Malaysia untuk menentukan penyaluran dana sumbangan mengikut keperluan dan keutamaan program bantuan dan situasi semasa sama ada di Malaysia mahupun luar negara.

Sektor Bantuan MySedekah

KECEMASAN

KEHIDUPAN MAMPAN

PENDIDIKAN

KESIHATAN

MAKANAN & NUTRISI

Di Negara Mana Dana mySedekah Disalurkan?

Selain Malaysia, agihan bantuan mySedekah akan disalurkan ke negara-negara yang mempunyai operasi Islamic Relief seperti Syria, Sudan, Mali, Indonesia, Bosnia & Herzegovina dan lain-lain.

Bagaimana Penerima Manfaat Dipilih?

Para penerima dikenalpasti dan dipilih melalui proses:

MySedekah dilaksanakan berpandukan prinsip nilai-nilai Islam yang dipegang oleh Islamic Relief serta mematuhi syariah dan melalui proses audit yang ketat oleh juruaudit dalaman dan professional.

MySedekah disalurkan kepada penerima yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit.

Dengan dana ini, Islamic Relief Malaysia mampu melaksanakan pelbagai program bantuan termasuk:

✅ Menyalurkan bantuan kecemasan semasa bencana

✅ Membantu komuniti bangkit dan membina semula kehidupan

✅ Membawa pendidikan kepada anak-anak yang terpinggir

✅ Menyediakan penjagaan kesihatan kepada mereka yang terabai

✅ Memberi makanan kepada keluarga yang kelaparan

Sabda Nabi Muhammad SAW:


“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.”

(Riwayat Muslim)

Ketika kita leka mengambil masa untuk membantu…
mereka telah pun kehabisan waktu.

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email