Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#gandakanpahala

MYSEDEKAH RAMADAN

Menjelang Ramadan, ribuan keluarga yang terjejas akibat krisis kemanusiaan di dalam dan luar negara berdepan kebimbangan mendapatkan bekalan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.

Bagi mereka, Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan penuh ujian apabila terpaksa menjalani puasa dalam keadaan serba kekurangan dan ketidakpastian untuk terus bertahan hidup.

Di Sudan, seorang ibu bernama Samake berkongsi bagaimana bantuan pek makanan Ramadan yang diterimanya sebelum ini memberi kelegaan besar kepada keluarganya. Anak-anaknya teruja melihat sumbangan yang diterima dan buat pertama kali mereka dapat menikmati makanan tanpa perlu berkongsi sedikit demi sedikit seperti kebiasaan. Bantuan tersebut bukan sekadar makanan, tetapi satu kelegaan kerana beliau tidak lagi perlu risau tentang apa yang akan dimakan keesokan hari.

Situasi di Gaza, Palestin pula jauh lebih mencabar. Umm Muhammad menggambarkan realiti berbuka puasa dalam suasana gelap tanpa bekalan elektrik, apabila hanya sebiji kurma atau setin makanan terpaksa dikongsi oleh lima atau enam orang ahli keluarga. Dalam keadaan kehilangan hampir segala-galanya akibat konflik berpanjangan, bantuan makanan yang diterima menjadi satu rahmat besar dan sinar harapan untuk terus bertahan.

Berasaskan keperluan mendesak ini, Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) melancarkan Inisiatif MySedekah Ramadan sempena 1 Rejab 1447H, yang berlangsung dari 22 Disember 2025 hingga 20 Mac 2026, dengan sasaran kutipan dana sebanyak RM2.5 juta.

Inisiatif ini menyasarkan bantuan kepada 32,000 penerima manfaat termasuk anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan keluarga berpendapatan rendah di Palestin (Gaza), Sudan dan Malaysia.

Bantuan akan disalurkan dalam bentuk pek makanan, baucar tunai atau hidangan makanan panas bagi memastikan keperluan sahur dan berbuka dapat dipenuhi sepanjang bulan Ramadan.

Setiap pek makanan mengandungi makanan asas atau makanan ruji mengikut keperluan setempat seperti beras, tepung, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, teh dan kurma.

Sebagai sebahagian daripada Kempen MySedekah, MySedekah Ramadan menyokong usaha pengumpulan dana keseluruhan sebanyak RM3.5 juta bagi pelbagai projek bantuan kemanusiaan IR Malaysia di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan bantuan dapat diteruskan bukan sahaja sepanjang Ramadan, tetapi juga sepanjang tahun.

Pakej MySedekah Ramadan

Pek Makanan / Baucar

RM 250
  • Palestin (Gaza), Sudan & Malaysia

Makanan Panas

RM 50
  • Palestin (Gaza)

Sedekah RAMADAN

RM 10
  • Sumbangan serendah RM10

Ribuan keluarga menantikan pertolongan pada bulan Ramadan. Dengan MySedekah Ramadan, sumbangan anda bukan sekadar menyediakan makanan tetapi ia membawa keselesaan dan harapan. Bertindak sekarang dan jadilah penyebab sebuah keluarga dapat menamatkan puasa dengan sebuah senyuman.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email