MALI, 12 Dis – Hujan lebat sejak akhir November 2024 telah menyebabkan Sungai Niger melimpah, mengakibatkan banjir di 161 kampung di wilayah Timbuktu dan Mopti.
Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah Banikane, Rharous, Séréré, Hamzacoma, Haribomo, Bambara Maoude, dan Diaptodji.
Tanah pertanian, sawah padi, dan kediaman penduduk musnah sama sekali, sementara kawasan ladang ternakan turut tenggelam, menyebabkan keluarga yang terjejas kehilangan sumber makanan dan keperluan asas.
Sejak 8 Disember, Islamic Relief telah menghulurkan bantuan kecemasan kepada komuniti terjejas, termasuk agihan pek makanan kepada 215 keluarga di Banikane, Séréré, Rharous, dan Hamzakoma.
Keadaan di Mali semakin memburuk apabila paras air terus meningkat dan keperluan semakin mendesak. Penyelesaian jangka panjang seperti pembinaan semula rumah, sekolah, dan sistem pengairan adalah sangat penting.
Berdasarkan situasi yang semakin meruncing setiap hari, sokongan berterusan dan tindakan segera amat diperlukan untuk mengurangkan penderitaan komuniti terjejas serta membina ketahanan mereka.