Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#zahirkankesyukuran

Rezeki Qurban

MALI

RM 350
  • Satu
    Bahagian
    Lembu

NIGER

RM 350
  • Satu
    Bahagian
    Lembu

SOMALIA

RM 620
  • Satu
    Ekor
    Kambing

YAMAN

RM 1,200
  • Satu Bahagian Lembu/Seekor Kambing

SUDAN

RM 1,200
  • Satu
    Bahagian
    Lembu

PALESTIN

RM 2,800
  • Satu
    Bahagian
    Lembu

Aidiladha Dirai, Nikmat Dikongsi

Pada tahun 2025Islamic Relief secara global telah berjaya melaksanakan 185,048 penyertaan bahagian ibadah korban di 29 buah negara merentasi benua.

Sebanyak 585,487 pek daging korban telah diagihkan untuk dinikmati lebih 3,225,319 individu di negara terlibat.

Penyertaan bahagian korban tersebut meliputi 731 penyertaan daripada rakyat Malaysia melibatkan pelaksanaan ibadah korban di Mali, Malawi, Somalia, Yaman, Syria dan Gaza, Palestin.

Alhamdulillah, seramai 13,976 individu dapat menikmati juadah daging korban di enam negara tersebut melalui agihan 2,594 pek daging korban.

Meski Gaza berada dalam keadaan dan situasi kritikal, agihan daging korban tetap sampai kepada mereka, hasil gerak kerja kakitangan Islamic Relief di Palestine.

Tahun ini, Islamic Relief Malaysia menyasarkan kutipan dana sebanyak RM650,000 bagi berkongsi rezeki agihan daging korban bersama para penerima di enam buah negara Mali, Niger, Somalia, Yaman, Sudan dan Palestin (Gaza) menerusi 480 penyertaan bahagian korban.

Kempen Rezeki Qurban dibuka sehingga 20 Mei 2025.

Setiap keluarga akan menerima kira-kira 2-5 kg daging korban yang dijangka mampu bertahan untuk seminggu bagi satu keluarga.

Mengapa anda perlu mendaftar ibadah korban bersama Islamic Relief Malaysia?

✅ Mematuhi piawaian dan garis panduan proses pelaksanaan ibadah dan agihan daging korban.

✅ Lebih 40 tahun pengalaman dalam dunia kemanusiaan.

✅ Diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam sektor bantuan.

✅ Status Perundingan Khas PBB sejak 1993 (UNECOSOC).

✅ Ketelusan & tadbir urus terbaik untuk setiap sumbangan.

✅ Harga berpatutan & mampu milik.

"Saya sangat bersyukur kerana menerima sumbangan daging korban daripada Islamic Relief. Anak-anak saya sangat gembira menikmati juadah daging yang saya masak. Harapnya, Aidiladha tahun ini ada lagi rezeki untuk kami sekeluarga menikmati juadah daging bersama.”
- Um Sajy Abbas, Palestin.
"Kami makan apa sahaja yang penghuni lain berikan atau bantuan yang kami dapat di kem pelarian ini. Daging bukanlah salah satunya. Kami selalu tidur dengan perut yang kosong. Hari ini, kami sangat gembira kerana menerima sumbangan daging korban daripada Islamic Relief. Terima kasih kerana membantu kami.”
- Kheyrta Mustaf Aden, Somalia.

Ibadah Qurban: Bukan Sekadar Pengorbanan

Ibadah korban adalah tanda syukur, bukti ketakwaan dan lambang cinta kita kepada Allah SWT.

Di sebalik setiap ibadah korban, tersimpan harapan dan kegembiraan buat mereka yang jarang sekali menikmati daging. Melalui ibadah ini, kita bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah, tetapi turut berkongsi rezeki dan membahagiakan mereka yang memerlukan.

 Setiap bahagian korban yang anda sertai, membawa makna besar dalam kehidupan insan lain.

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email