Serangan Baru Tingkatkan Jumlah Pelarian Di Syria

IDLIB, 23 Ogos 2019 – Serangan baru sekali lagi mengancam kehidupan berjuta-juta orang awam yang tinggal di wilayah Idlib dan keadaan semakin huru-hara memandangkan penduduk tiada lagi tempat untuk berlindung. Hospital Maaret al Numan telah merawat lebih daripada sejuta orang yang telah diserang dalam serangan udara baru-baru ini. Sekurang-kurangnya 18 orang awam termasuk enam orang […]

Read more »
25,000 Rakyat Sudan Perlukan Bantuan Kecemasan

KHARTOUM, 21 Ogos 2019 -Hujan lebat dan banjir kilat telah menyebabkan kemusnahan di seluruh Sudan yang melibatkan 16 daripada 18 negeri, dan White Nile adalah kawasan paling teruk terjejas dengan 25,000 penduduk memerlukan bantuan segera. Lebih 100,000 rakyat Sudan terjejas oleh banjir, dan lebih daripada 1000 rumah telah mengalami kerosakan. Islamic Relief (IR) Sudan kini […]

Read more »
Serangan Getir di Syria 

BEIRUT, 18 Julai 2019 – Kekejaman yang berlaku di barat laut Syria semakin meningkat berikutan berlaku serangan dari pihak yang tidak bertanggungjawab sejak April 2019. Situasi ini meletakkan orang awam dalam keadaan berisiko dan menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan. Dilaporkan sekurang-kurangnya 330,000 telah melarikan diri dan dianggarkan 2,495 rakyat Syria maut dan dan mengalami kecedaraan termasuk […]

Read more »
Gempa Bumi 7.2 Skala Ritcher Gegar Maluku

Maluku, 15 Julai 2019 – Satu gempa bumi berukuran 7.2 magnitud mengegarkan Kepulauan Maluku, Indonesia pada petang Ahad lalu.Walaubagaimanapun, pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan tiada ancaman tsunami ekoran gempa tersebut. Dilaporkan dua orang maut, manakala banyak infrastruktur termasuk rumah serta bangunan-bangunan musnah akibat bencana itu. Kebanyakan penduduk melarikan diri ke kawasan yang lebih tinggi sebagai […]

Read more »
64 Maut Hujan Monsun di Nepal
Kathamandu, 16 Julai 2019- Bencana banjir yang melanda Nepal akibat hujan monsun meragut sekurang-kurangnya 64 nyawa, manakala 32 orang mengalami kecederaan dan sekurang-kurangnya 31 orang hilang setakat 15 Julai 2019.  Dilaporkan 33,113 penduduk terkesan dan 3,186 buah keluarga telah dipindahkan. Amaran peringkat kuning telah dikeluarkan untuk limpahan sungai di Sungai Kamala di penempatan Titriya dan [...]
Read more »