Rayuan Musim Sejuk

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Keep Them Warm & Alive

RAYUAN MUSIM SEJUK

TANPA kelengkapan yang cukup, cuaca sejuk melampau boleh mengancam nyawa mereka yang tidak berkemampuan.

Tahun ini, Islamic Relief Malaysia meneruskan kempen Rayuan Musim Sejuk, untuk membantu penduduk terjejas khususnya di kawasan seperti Utara Gaza, Khan Younis dan Rafah, Palestin serta Akkar, El Hermel, El Minieh-Dennie, Baalbek, Zahle, Baabda, Bekaa, Rachaya, Jezzine dan Hasbaya, Lubnan dengan sasaran pengumpulan dana sebanyak RM200,000 bermula 1 November hingga 31 Disember 2024.

Bantuan yang akan disalurkan merangkumi selimut, pakaian dan kelengkapan musim sejuk, pek makanan serta bantuan wang tunai.

Kriteria penerima bantuan merangkumi ibu tunggal, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, golongan berpendapatan rendah, pelarian dalam negara (IDPs), ibu mengandung dan menyusu, isi rumah yang tiada pendapatan dan mempunyai bilangan tanggungan yang ramai.

Cuaca sejuk melampau boleh memberi kesan besar kepada kesihatan termasuk kulit kering dan mengelupas, hipotermia, ‘frostbite’ atau melecur, serangan jantung dan lain-lain.

Penduduk Gaza Berdepan Musim Sejuk Tanpa Keperluan Asas

Setahun genosid di Gaza, masih tiada tanda keganasan akan berhenti. Kira-kira 1.9 juta orang hilang tempat tinggal dan hidup dalam serba kekurangan.

Musim sejuk yang bakal menjelang turut mengancam nyawa mereka.

“Kami sudah tidak tahu ke mana lagi nak pergi. Semua tempat telah musnah.

“Sedih melihat nasib anak-anak saya yang terpaksa menghadapi musim sejuk hanya dengan sehelai pakaian nipis. Jika kami tidak mati kerana dibom, mungkin kami akan mati akibat kelaparan dan kesejukan.”

Luahan penduduk Gaza

Lubnan di Ambang Kemusnahan

Situasi di Lubnan semakin kritikal.

Ratusan ribu orang kini terpaksa melarikan diri. Hospital penuh dengan pesakit kanak-kanak.

Penduduk Lubnan terpaksa hidup bergelandangan di negara sendiri dalam keadaan sesak dan kotor.

“Ketika serangan berlaku, kami hanya berlari sehelai sepinggang. Walaupun ada pusat perlindungan sementara disediakan, ia tidak cukup untuk menampung semua penduduk yang terjejas.

“Kami bukan sahaja tiada wang dan tempat tinggal, keperluan asas seperti air bersih, makanan, dan ubat-ubatan juga sukar diperoleh.”

Luahan penduduk Lubnan

Setiap ringgit yang anda sumbangkan mampu menyelamatkan nyawa mereka.

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email