Infaq Auto

Since 1948, Palestinians have suffered from endless war. Until today, news of the death of Palestinians has been heard. Children are among the most affected by this conflict.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Mudahnya Sedekah

INFAQ AUTO

Infaq Auto ialah sebuah projek untuk memberi peluang kepada para penyumbang di luar sana membuat sumbangan bulanan secara auto debit melalui akaun bank.

Hanya serendah RM10 sebulan, anda dapat membantu para penerima manfaat Islamic Relief di dalam dan luar negara melalui kempen–kempen yang kami sediakan iaitu :

  1. mySedekah
  2. Kecemasan
  3. Rayuan Palestin
  4. Pendidikan
  5. Zakat
  6. Penajaan myYateem (RM350/bulan)
  7. Sedekah Yateem

Anda juga boleh mendaftar melebihi satu kempen untuk potongan secara bulanan dengan hanya RM1 untuk setiap pendaftaran.

Frequently Asked Questions

Infaq Auto adalah sebuah projek untuk anda menyumbang secara autodebit melalui akaun bank anda dengan hanya serendah RM10 sebulan.

Setiap bulan, sumbangan akan dipotong secara automatik melalui akaun bank yang anda tetapkan dengan jumlah yang anda tentukan.

Islamic Relief Malaysia menyediakan perkhidmatan ini kepada penderma kerana ia selamat, cepat dan mudah. Tidak perlu ingat tarikh untuk membuat sumbangan, tidak perlu menulis cek, atau membayar pos untuk menghantar cek. Risiko pembayaran tertangguh dikurangkan kerana pembayaran anda diserahkan secara automatik pada tarikh yang ditetapkan.

Klik pautan Daftar Sekarang di bawah dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Penyumbang akan mendapat e-mel pendaftaran berjaya setelah proses pendaftaran selesai dilakukan.

Caj pendaftaran RM1 (sekali sahaja) dikenakan untuk setiap pendaftaran baru.

Boleh. Pendaftaran autodebit boleh dilakukan lebih daripada satu kali. Setiap pendaftaran akan dikenakan cas sebanyak RM1.

Potongan bulanan berlaku pada 2 – 5 haribulan atau 22 – 25 haribulan (bagi penyumbang yang gagal kali pertama dan penyumbang yang mendaftar selepas tarikh potongan pertama).

Penyumbang akan mendapat e-mel penghargaan setelah sumbangan berjaya pada setiap bulan.

Boleh. Penyumbang perlu menamatkan akaun terlebih dahulu kemudian membuat pendaftaran yang baru.

Klik link pendaftaran dan masukkan segala maklumat yang diminta (seperti maklumat sebelum ini). Pilih Manage My Account > Update Billing Info. Kemudiaan teruskan dengan pembayaran RM1 untuk mengemaskini info.

Klik link pendaftaran dan masukkan segala maklumat yang diminta (seperti maklumat sebelum ini). Klik Daftar Sekarang > Pilih Manage My Account > Statement of Account

Projek Infaq Auto ini menggunakan platform InfaqPay (Dikuasakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad). Segala transaksi & maklumat penderma adalah selamat. InfaqPay mempunyai sijil patuh syariah bagi memastikan aliran proses dan sistem pembayaran ini patuh kepada syariah.

Boleh. Klik link pendaftaran diatas. Kemudiaan isikan segala maklumat yang diperlukan. Pastikan maklumat sama seperti sebelum ini. Pilih Manage My Account > Terminate Recurring Payment

If you have any inquiries, please contact Mr. Hafiz at 019-262 7488 or e-mail Hafiz.Majid@islamic-relief.org.my.

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email